Sabtu, 31 Julai 2010

Sudah Setahun Usia Puakajoran

Sedar tidak sedar rupanya usia Puakajoran.blogspot.com sudah menjangkau setahun. Dalam tempoh tersebut sebanyak 322 catatan telah dibuat dan kebanyakannya berkisar tentang hobi menjoran, terutama pancingan ikan air tawar. Objektif asal Puakajoran.blogspot dibangunkan adalah untuk mencatat pengalaman dan kenangan serta imbauan terhadap arwah ayahanda yang bersusah payah mendidik kami adik beradik seramai 11 orang hingga dewasa. Mata pencarian arwah abah semasa itu hanyalah sebagai seorang petani dan menjalankan kerja-kerja menanggkap ikan sebagai mata pencaraian sampingan demi membesar dan mendewasakan kami adik beradik. Beberapa bulan setelah kematian abah 14.10.2008 / 14 Syawal , disusuli pula dengan "keberangkatan" arwah adik yang rapat, lima bulan selepas arwah abah, menjadikan saya rasa amat kehilangan, terasa mahu mencatatkan memori bersama mereka, lantas terbinalah blog yang tidak seberapa ini. Di samping itu, melalui ruang ini juga dapat menjadi medan perkongsian pendapat dan pengalaman antara rakan setempat dan rakan-rakan maya yang lain, bukan sahaja mengenai hobi memancing malah lebih luas daripada itu. Sehingga kini,Puakajoran.blogspot telah menarik seramai lebih kurang 14,ooo pengunjung daripada 78 buah negara. Saya dengan rasa rendah hati ingin mengucapkan jutaan terima kasih, atas sokongan Pengumpul Sumber, Penyumbang-penyumbang info, "Follower", rakan-rakan bloger, orang-orang perseorangan dan sesiapa sahaja yang mengikuti catatan dan perkembangan blog ini melalui apa cara sekalipun samaada berinteraksi melalui laman blog, face book,Mangga On Line ataupun lainnya. Kunjungan anda seterusnya amat dialukan.

Catatan pertama Puakajoran.blogspot.com ialah pada 24.07.2009.

.Gambar yang dipaparkan tiada kaitan dengan artikal di atas. Harap maklum.

Jumaat, 30 Julai 2010

Layan Kerapu di Kuala Trong

Pertamanya saya mohon maaf sebab tersalah lapor. Sebenarnya lokasi makan-makan ini di Kuala Trong. Ikan tersebut pula diperolehi oleh rakan-rakan di sekitar lokasi nelayan Pantai Remis.










Posting by: Kudin Puakajoran

Pesta Puyu Part 10 - Paparan Tertunda

Lokasi ini amat saya ingat dan kenang mungkin hingga ke akhir hayat. Nostalgia zaman kanak-kanak bagaimana kami bertungkus lumus mengeringkan air parit ini "menimba" untuk mencari belanja sempena aidil fitri. Masih segar dalam ingatan bagaimana rakan-rakan yang terpaksa membatalkan puasa gara-gara lubuk yang mengambil masa yang lama untuk dikeringkan. Parit yang bersebelahan dengan sungai ini menjadi tempat bersembunyinya Sang Keli sekitar tahun 80-an dulu.

"Telayaq Busuk Kepala Tanah Pak Tih Lie Naga" itulah gelaran lokasi ini.
Rakan sedang mencuba nasib.
Hasil pertama kudin "Puyu Haloi"
Haruan "plocot"
Haruan yang ditewaskan.
Puyu sawah 2010.



Puyu yang berjaya dikumpul.
Posting by: Kudin Puakajoran

Rabu, 28 Julai 2010

Apoi Perbaharui Rekod Patin Rakan Puaka

Kisah rakan Puakajoran yang telah mempunyai blog sendiri ini, sdr. Apoi telah mencipta rekod baru di kalangan teman-teman. Patin seberat 7 kg berjaya didaratkan beberapa hari lalu. Bukan sahaja patin berjaya dijinakkan, malah beberapa ekor kelabau turut menjadi mangsanya. Tahniah! Makan besar Apoi. Laporan lengkap dalam http://renjersungai.blogspot.com/

Rakan Amal Malaysia Layan Pancing di Kedai Kun Bagan Serai

Aksi sabahat saya sejak kecil Mohd Fadzli Aziz @ Tam sedang memilih joran. Walaupun sibuk dengan tugas dan aktiviti harian, rakan Jabatan Amal Malaysia ini sempat meluangkan masa untuk meneliti dan memiliki koleksi alatan joran. Tempat biasa dan selalu dikunjungi rakan-rakan ialah Kedai Kun yang terletak di Bagan Serai.
Alamat Kedai Kun.
Taukeh kedai,En. Kun Tit seorang yang peramah dan senang berunding.

Mesin yang dibeli oleh saudara Tam.

Ikan hadiah daripada En. Banax.
Di kedai ini juga boleh didapati pelbagai peralatan pancing dan umpan dengan harga berpatutan.

Post by: Kudin Puakajoran.

Pipi Merah Semakin Jarang Ditemui

Sejenis ikan yang mirip ikan terbul atau lampam tetapi mempunyai tanda merah di bahagian pipi. Ikan pipi merah ini menjadi sebutan popular di kampung saya mungkin disebabkan tanda merah itu. Saya tidak pasti apakah nama lain bagi ikan ini. Yang pastinya, ikan ini sudah jarang ditemui. Sekitar tahun 80-an dahulu ikan ini amat banyak di tempat saya. Apakah nasibnya juga akan menjadi seperti kelisa Sungai Gedong dan Bukit Merah yang perlu dibantu untuk meneruskan kelangsungsn hidup.


Puyu lagi...

Selasa, 27 Julai 2010

Selamat Datang Ramadhan مرحبا يا رمضان Welcome Ramadhan

السلام عليكم ورحمه الله وبركاته

بسم اللھ الرحمن الرحيم.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)

Ramadhan hampir tiba. Ramai yang menunggunya dengan penuh pengharapan, tidak kurang pula yang sebaliknya. Kerap kali terdengar ungkapan” Dah nak puasa…..?, “Ramadhan dah dekat ni .…..” dan bermacam ngomelan yang agak negatif.Tidak kurang juga yang melahirkan ungkapan “ Ramadhan sudah hampir, seronoknya.....”.

Kepada rakan-rakan “Puakajoran” diharapkan kehadiran Ramadhan memberi rahmat , nikmat dan keinsafan yang mendalam. Inilah masanya untuk melipat gandakan amalan. Bayangkan betapa sedapnya melihat air sungai yang mengalir yang kadang kalanya keruh lebih dari teh tarik. Betapa sukarnya menahan rasa ketagih bagi “perokok tegar” yang sebelum ini dapat menghembus asap berbunga semasa menantikan joran disentap ikan. Penuhilah masa terluang itu dengan zikrullah dan tilawah al Quran.

Menjoran di bulan Ramadhan juga melatih kita bersabar dengan pelbagai karenah alam seperti sampah hanyut, air keruh, banjir , mata pancing tersangkut, godaan rakan-rakan yang tidak berpuasa dan lainnya. Kawallah diri dengan kesabaran yang tinggi. Ramadhan juga merupakan sesi terapi untuk menyahtoksik atau kimia tidak berguna dalam tubuh melalui peluh yang terhasil ketika beraktiviti.

Jangan jadi segolongan penjoran yang menjadikan medan menjoran untuk berpesta makan besar. Kalau di bulan-bulan lain bekalan untuk menjoran hanyalah air masak dan roti tawar tetapi di bulan Ramadhan, "air 100" yang baru dikeluarkan dari peti ais dan nasi beriani dan kebanyakannya dibeli dari kedai orang bukan Islam. Memalukan…

Sesetengah penjoran bermusim ini tediri daripada kalangan mereka yang tidak pernah menyentuh joran bahkan tidak ambil kisahpun fasal menjoran. Apabila bulan puasa, muka mereka ini muncul secara tiba-tiba dan ramai pula. Penuh “pot” di tepi sungai. Sedihnya, mereka ini dari kalangan remaja melayu yang cukup bijak mengulas isu, terutama isu politik dan kepimpinan Melayu Islam. Hebat sungguh penjoran-penjoran ini.

Sedar dan insaflah wahai rakan penjoran. Masyarakat kita hari ini kebanyakannya mati kerana banyak makan, bukan mati kerana tidak makan. Seharian tidak menjamah makanan tidak menjadikan kita hilang upaya sebaliknya lebih berupaya. Hentikanlah tabiat buruk dengan berselindung disebalik aktiviti menjoran untuk “Melantak Sakan” dan menderhaka kepada Allah!Ingatlah…."Dua kegembiraan bagi orang-orang yang berpuasa, satu semasa ia berbuka dan satu lagi semasa ia menemui Tuhannya" Wallahuaqlam- Tokan.

Pesta Puyu Part 9

Gambar terbaru yang diterima sebentar tadi.Kembali mengintai aktiviti menjoran puyu di kampung kelahiran saya. Anak buah saya sedang beraksi.