Sabtu, 31 Julai 2010

Sudah Setahun Usia Puakajoran

Sedar tidak sedar rupanya usia Puakajoran.blogspot.com sudah menjangkau setahun. Dalam tempoh tersebut sebanyak 322 catatan telah dibuat dan kebanyakannya berkisar tentang hobi menjoran, terutama pancingan ikan air tawar. Objektif asal Puakajoran.blogspot dibangunkan adalah untuk mencatat pengalaman dan kenangan serta imbauan terhadap arwah ayahanda yang bersusah payah mendidik kami adik beradik seramai 11 orang hingga dewasa. Mata pencarian arwah abah semasa itu hanyalah sebagai seorang petani dan menjalankan kerja-kerja menanggkap ikan sebagai mata pencaraian sampingan demi membesar dan mendewasakan kami adik beradik. Beberapa bulan setelah kematian abah 14.10.2008 / 14 Syawal , disusuli pula dengan "keberangkatan" arwah adik yang rapat, lima bulan selepas arwah abah, menjadikan saya rasa amat kehilangan, terasa mahu mencatatkan memori bersama mereka, lantas terbinalah blog yang tidak seberapa ini. Di samping itu, melalui ruang ini juga dapat menjadi medan perkongsian pendapat dan pengalaman antara rakan setempat dan rakan-rakan maya yang lain, bukan sahaja mengenai hobi memancing malah lebih luas daripada itu. Sehingga kini,Puakajoran.blogspot telah menarik seramai lebih kurang 14,ooo pengunjung daripada 78 buah negara. Saya dengan rasa rendah hati ingin mengucapkan jutaan terima kasih, atas sokongan Pengumpul Sumber, Penyumbang-penyumbang info, "Follower", rakan-rakan bloger, orang-orang perseorangan dan sesiapa sahaja yang mengikuti catatan dan perkembangan blog ini melalui apa cara sekalipun samaada berinteraksi melalui laman blog, face book,Mangga On Line ataupun lainnya. Kunjungan anda seterusnya amat dialukan.

Catatan pertama Puakajoran.blogspot.com ialah pada 24.07.2009.

.Gambar yang dipaparkan tiada kaitan dengan artikal di atas. Harap maklum.

2 ulasan:

  1. selamat ulangtahun puaka joran.semoga sentiasa sukses:)

    BalasPadam
  2. tokan 2 sizukaDeboss - t. kasih singgah dan ucap slamat..

    BalasPadam