Saya terima berita yang kurang menyenangkan sebentar tadi. Lubuk puyu yang selalu saya paparkan dalam catatan saya telah diracun orang. Alasannya mudah, untuk menghapuskan telur dan siput gondang emas yang memakan anak atau benih padi yang akan ditanam tidak berapa lama lagi.Alasan bodoh, manusia yang tiada otak dan tidak bertamadun. Mengambil jalan mudah dengan menuang racun makhluk perosak ke dalam tali air dan sungai yang menjadi tempat ikan dan hidupan lain berkumpul apatah lagi diketika musim air sawah dikeringkan untuk memberi laluan kepada padi yang bunting terbit, seterusnya masak. Ketika ini, padi belumpun masak dan air sawah hanya beberapa minggu dikeringkan, sudah pasti masa yang terluang itu digunakan oleh orang-orang kampung untuk mencari rezeki sampingan dengan menjadikan kegiatan menjoran dan menangkap ikan sebagai pencarian tambahan. Jika sudah diracun begitu, apa lagi yang boleh dilakukan. Pada saya, kehadiran semula ikan-ikan yang bersaiz besar dan pemangsa seperti haruan dan puyu adalah salah satu bentuk pertolongan dan rahmat. Dengan harga mencecah RM 10/kg bagi kedua-dua jenis ikan ini saya kira dapat menjadi ganti kepada jumlah padi yang dimakan oleh siput gondang. Di samping sebagai ganti padi yang musnah, ikan-ikan ini juga bakal melepaskan zuriat dan memakan serangga perosak padi termasuk juga telur dan siput gondang itu pada musim berikutnya.
Salah satu lokasi puyu yang telah diracun.

Tiada lagi tangkapan sebegini yang dapat dibawa pulang oleh emak. Menurut emak saya, pada hari kejadian, sejumlah besar ikan mati dan hanyut dibawa arus air yang kebetulan pasang dan surut.

Salam Tokan,
BalasPadamApabila kita tidak mengerti untuk menjaga alam, maka alam tidak akan lagi mahu berkawan dengan kita. Maka hancurlah manusia bersama hancurnya alam itu.
Salam YB..gitulah YB. Hati saya kadang2 sedih dengan sikap manusia yang selalu mengambil jalan mudah dan singkat. Walhal kaedah meracun itu telah lama dilakukan dan siput-siput gondang tidak juga musnah, malah semakin banyak...
BalasPadam