وانزل من السماء ماء فاخرج بھ من الثمرات رزقا لکم
Sejak pukul empat petang tadi hujan turun mencurah-curah. Keadaan itu berlarutan hingga ke waktu Maghrib. Jadual asalnya, saya dan Juragan Nizam akan ke Pot Sepit Biru Ulu Basir untuk menjoran udang yang dikatakan galak meratah umpan pada minggu lepas.Bukan pada petang ini sahaja hujan turun, semalam juga keadaannya sama, malah turut diiringi petir yang berdentum-dentam. Memandangkan esok adalah hari minggu dan itulah sedikit masa saya yang terluang, saya kira Pot Jelawat sungai Cenderiang adalah destinasi saya. Sebentar tadi saya sempat menghubungi Mat Trolak, Ustaz Dusuki dan Abang Ramli Mahat. Jawapan yang saya terima belum meyakinkan. Jika mereka tidak berkelapangan, maka pergerakan sololah saya esoknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan