Selasa, 13 Julai 2010
Pot Jelawat Bertukar Menjadi Pot Lampam
Ahad lalu saya, Juragan Nizam dan Ustaz Dusuki berhujung minggu di Pot Jelawat SMTD, lokasi biasa sungai Cenderiang tetapi agak ke bawah sedikit daripada tempat yang selalu kami kunjungi. Air boleh dikatakan besar lantaran hujan yang turun dua hari berturut-turut. Sedikit malang, kami sampai agak lewat disebabkan saya terlupa jalan menuju ke sungai. Hampir satu jam kami berlegar-legar mencari jalan. Itulah kelemahan saya sebagai jurupandu. Seringkali terlupa, tambahan pula Mat Trolak tidak berserta kerana menyimpan tenaga untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Dunia.
Ustaz Dusuki dan Juragan Nizam bersiap sedia untuk beraksi.




Lokasi pilihan saya.
Berhampiran pokok ketum.Daun tuanya mungkin telah dipetik "Sang Kerbau" yang ketagih.


Lokasi Juragan Nizam.Agak strategik.

Lontaran pertama Juragan Nizam disambut rakus oleh seekor jelawat. Agak besar juga. Beliau gagal beraksi sempurna apabila Sang Jelawat berjaya meloloskan diri sewaktu merapati tebing.

Tiada lagi sentapan kuat. Hanya getuan Sang Lampam yang agak kerap dan kami kurang memberi perhatian. Misi kami jelawat, 2010 yang sudah berada di pertengahan. Beberapa ekor lampam kami bebaskan semula.



Perasaan semakin tertekan. Hari merangkak petang. Seekor jelawatpun masih belum dapat dijinakkan. Hanya lampam yang kalut memakan umpan.



Mahu tidak mahu kami terpaksa juga mengumpul Sang Lampam ini bagi mengelakkan pulang dengan tangan kosong.
Sebahagian lampam yang kami perolehi.
hui.... besar nya ikan..!
BalasPadam