Selasa, 6 Julai 2010

Lampu Keselamatan

Sekali pandang seumpama peluru roket. Jangan salah sangka, ini adalah sebahagian alat yang digunakan oleh nelayan pantai bagi menanda pukat atau jaring yang dipasang berhampiran pantai pada waktu malam. Lampu ini akan bernyala secara automatik apabila keadaan menjadi gelap. Kami menggunakan lampu ini sebagai penanda lokasi ketika memancing malam. Juga digunakan sebagai isyarat berhati-hati kepada pemandu kenderaan, ketika kami menjoran di tempat-tempat berisiko. Kebiasaanya ketika memancing di atas jambatan atau lokasi yang berhampiran dengan jalan raya. Terdapat dua nyalaan warna iaitu biru dan kuning.Lampu ini juga kalis air.Lampu ini mengeluarkan kerlipan cahaya biru.

4 ulasan:

  1. ikannya gede-gede bang dahsyat banget.. ikan jenis apaan tuh?.. btw salam kenal :)

    BalasPadam
  2. wah macam macam alat ada...boleh joint kot...

    BalasPadam