Isnin, 5 Julai 2010

Alat Letupan Kecil Sebagai Langkah Kecemasan

Aktiviti menjoran kadang kala disulami detik cemas yang tidak pernah dijangkakan sama sekali. Sebagai contohnya kita mungkin diganggu oleh haiwan liar seperti babi hutan atau kumpulan monyet liar yang kadang kala boleh membahayakan kita. Begitu juga dengan pemburu yang muncul dengan tiba-tiba dan tidak menyedari akan pemancing yang sudah berada di lokasi. Satu kemungkinan lagi pemancing juga berhadapan kehilangan arah atau panduan ketika berada di kawasan hutan. Saya sendiri pernah berhadapan detik-detik cemas itu, pernah disergah kumpulan babi hutan, monyet, dan pernah di datangi pemburu ayam hutan yang tidak menyedari saya sedang memancing. Saya juga pernah tersesat. Ketika itu telefon bimbit ada saya bawa dan berfungsi tetapi tidak dapat mmembantu sepenuhnya. Mujurlah saya membawa mercun kecil ini lalu meletupkannya dan kedudukan saya dapat di kesan. Ketika itu saya memancing bersama Tok Pawang (Hamdi) di sekitar sungai Changkat Jong. Walaupun memiliki peralatan ini adalah salah, namun itu adalah salah satu daripada ikhtiar kita dan juga sebagai langkah keselamatan.

3 ulasan:

  1. susah nak dapat mercun macam nie sekrang..

    BalasPadam
  2. mercun ni ada juga gunanya ye, bukan sekadar nk buat bising masa raya je, guna kena pada tempatnya.

    BalasPadam
  3. waaaaa...jd teruja tgok mercun..HEHEHEHE..

    BalasPadam