Hari ini Solihin dan rakannya diutuskan ke sungai Ulu Basir bagi meninjau keadaan air sungai tika ini. Cadangnya esok, saya dan Juragan Nizam Balun ingin bersantai di pot udang galah, Ulu Basir. Sudah siap berangan-angan nak naikkan "Jenggo" sebab dah lama benar tidak merasa sentapan si sepit biru tu. Agak malang, laporan diterima, air sungai keruh dan paras air melepasi tebing. Kira aktiviti menjoran udang esok dibatalkan. Solihin pulak tu sempat juga mendaratkan seekor lampam jawa. Kira ada hasil jugalah...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan