Selasa, 31 Ogos 2010

Ustaz Zulkarnain Hj. Ahmad Kembali ke Rahmatullah

Al fatihah... Saya telah dikejutkan dengan berita kembalinya bekas guru saya, Al fadhil Ustaz Zulkarnain b. Hj. Ahmad pada 30hb Ogos yang lalu dalam usia 74 tahun. Saya dan rakan-rakan sempat berguru dengan beliau pada tahun 1987/88 di Sekolah Menengah Agama Al Falah, Parit Tok Ngah,Tanjung Piandang. Ketika itu almarhum merupakan mudir sekolah tersebut. Sepanjang yang saya kenal, Almarhum seorang yang baik hati dan selalu mengambil berat akan hal kebajikan anak didiknya.Semoga roh Almarhum Ustaz Zulkarnain dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin.

Jenazah Almarhum sedang disembahyangkan.

Perjalanan seorang tokoh yang banyak menyumbangkan jasa kepada masyarakat.
Antara kenamaan yang memberi penghormatan terakhir.
Bawah, gambar nostalgia saya dan rakan-rakan sewaktu berguru dengan al marhum di SMU Al Falah pada tahun 1987/88 (mengambil sijil 4 thanawi). Sayangnya almarhum, tiada dalam gambar ini.
Gambar Ikhsan : http://adunsemanggol.blogspot.com/2010/08/allahyarham-ustaz-zulkarnain-haji-ahmad.html
Lagi berita penuh:
http://paritbuntar.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=3652&Itemid=2

Isnin, 30 Ogos 2010

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE-53

Puakajoran.blogspot.com mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan ke - 53 kepada seluruh rakyat Malaysia.
1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI - REFORMASI - MERDEKA!

Ahad, 29 Ogos 2010

Umar b. Man (Pak Ngah Umar) Dalam kenangan.

Kebetulan dengan kepulangan saya ke kampung, kami kehilangan seorang lagi anggota keluarga. Begitulah suratan takdir dan janji. Lebih kurang pukul 11.00 malam Ahad, ketika kami bercadang-cadang untuk memancing tiba-tiba dikejutkan dengan panggilan tetefon. Pak Ngah Umar salah seorang bapa saudara (pupu poyang jugaklah) telah kembali ke Rahmatullah akibat sakit kencing manis yang dihidapi sekian lama.

Quaters JKR,rumah kediaman arwah yang terletak betul-betul di hadapan tali air Pancur, Bukit Merah.

Sanak saudara yang masih tinggal setelah selesai urusan pengebumian.
Di hujung tali air ini letaknya kolam atau tasik bukit Merah.
Lokasi ini pernah menjadi tempat kami menjaring dan menjala terbul.Pak ngah Umar jugak selalu menghabiskan masa menjala di tali air ini jika banyak terbul yang mudik ketika air dilepaskan.
Sebahagian kaki pancing bersantai sambil memancing di tali air Pancur pada hari minggu.
Tiada lagi suara Pak Ngah Umar b. Man (Pak Ngah Awang) riang berceloteh tentang ikan-ikan di sini kepada kami lagi. Seluruh anggota keluarga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada seluruh jamaah dan qariah masjid Bukit Merah yang sedia menyelenggarakan jenazah hingga selesai. Jazakallahukhairan Kathira.Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat....al Fatihah

[Email Menarik] Ikan Menyusu

Date: Fri, 27 Aug 2010 12:46:41 +0800
From: afiqhamran@yahoo.com.my
Subject: Fw: [Email Menarik] ikan menyusu
To: budroul@hotmail.com




Mailing list ini adalah servis penghantaran percuma email-email menarik untuk merehatkan minda.

Untuk menyertai mailing list ini sila hantar email kosong ke:
02-email-menarik-subscribe@yahoogroups.com

Jika ingin keluar (opt-out) daripada mailing list ini sila hantar email kosong ke: 02-email-menarik-unsubscribe@yahoogroups.com

Sabtu, 28 Ogos 2010

Aksi Rakanpuaka Silverstone di Tali Air Pancur

Ketika ini saya sedang berada di kampung kelahiran. Kesempatan ini saya luangkan untuk meninjau tempat-tempat permainan saya bersama rakan-rakan satu ketika dahulu.Diam tak diam rupanya sudah hampir setahun saya tidak mengunjungi daerah ini. Kali terakhir saya ke sini pada bulan Ramadan tahun lepas sewaktu meninjau rakan-rakan berpesta menjoran baung. Tali air Pancur Bukit Merah yang membawa ke Padang Lalang seterusnya melintasi sungai Kurau tidak pernah sunyi dikunjungi kaki pancing tidak kira malam ataupun siang. Asalkan terdengar perkhabaran ikan mau menjamah umpan, akan adalah penjoran tegar ke sana. Sebahagian penjoran yang kerap meluangkan masa ke sana ialah Rakan-rakan puaka daripada Team Silverstone Kamunting ini.
Tali air ini juga dihuni oleh ikan linang dan toman.

Ikan selat.

Terbul.


Lampam ekor merah.




Di sepanjang tali air ini juga terdapat perusahaan arowana yang berkembang maju.
Air yang dialirkan dari kolam Bukit Merah amat sesuai untuk aktiviti penternakan arowana.
Rakan-rakan menggunakan udang hidup sebagai umpan.


Umpan sawit juga digunakan.
Untuk hidangan berbuka puasa.
Sumber: Halil & Kudin Puakajoran.

Jumaat, 27 Ogos 2010

Aksi Rakan Samudra

"Fendi Evo" Rakanpuaka daripada Team Petronas ini sudah bergerak jauh meninggalkan kami di sini yang hanya setia mengunjungi paya dan sungai. Kehidupan sebagai penjoran laut sudah sebati dengan jiwanya kini.Cerita yang ditalunkanpun berkisar tentang sentapan dan aksi perlawanan dengan makhluk yang menghuni lautan yang luas. Begitulah resam penjoran tegar, di manapun berada kecintaan pada joran tetap tidak mudah ditinggalkan.

Aksi seorang penjoran.

Haruan Tasik ini didaratkan sewaktu bersantai di Pantai Dungun, Terengganu dan saya kira cukup untuk "memanaskan" Tok Pawang @ Hamdi sekali lagi . Lawan Tok Guru....

Khamis, 26 Ogos 2010

Khatib Zakaria Hj. Ahmad @ Ustaz Zakaria Haji Mat Petai

Nama Zakaria Haji Ahmad semakin disebut-sebut orang.Seminggu dua ini akhbar arus perdana dan sebahagian akhbar tabloid dan para penulis blog juga tidak ketinggalan melaporkan polemik atau isu mendoakan pemimpin bukan Islam dalam khutbah Jumaat yang berlaku di negeri Pulau Pinang. Orang yang mencetuskan kontroversi tersebut ialah seorang manusia yang bernama Zakaria Hj. Ahmad atau Khatib(pembaca khutbah) Zakaria . Bagi sesetengah orang nama itu mungkin asing, tetapi bagi saya dan rakan-rakan, nama tersebut sangat sinonim dengan kehidupan kami. Ustaz Zakaria bukan hanya seorang pembaca khutbah seperti yang di laporkan malah lebih dari itu. Beliau merupakan seorang Da'i yang telah sekian lama berdakwah dan mewarisi ilmu dan jejak langkah ayahandanya iaitu Hj Ahmad Sungai Petai (Ustaz Mat Petai). Bapa beliau ialah pengasas Madrasah Ahmadiah di Sg Petai Bukit Gantang dan sering dikunjungi ramai warga tua dan muda untuk menimba ilmu agama pada setiap awal bulan satu ketika dulu. Ustaz Zakaria juga telah menjadi pendakwah di Pantai Barat Semenanjung sejak sekian lama. Sekitar penghujung tahun 80-an nama beliau tidak asing lagi di kalangan pendengar Radio 3 Kawasan Utara sebaris dengan nama beberapa pendakwah lain seperti Ustaz Shamsuri Hj. Ahmad dan lainnya.Saya masih teringat satu peristiwa yang berlaku berbelas tahun dahulu. Satu malam di musim menuai, saya dan aruah adik serta Din SG (pemancing tegar) sedang melakukan aktiviti "menekut" (panggil burung) burung wak-wak dan ayam-ayam.

(Gambar burung ayam-ayam)

Oleh kerana tidak terdaya menggunakan serunai yang diperbuat daripada buluh kami menggunakan kaset yang dirakam dengan bunyi burung-burung tersebut. Sedang kami leka memerhatikan jaring sambil menanti burung melanggar jaring tiba-tiba terdengar suara.... "Buah durian tuan-tuan, bukannya elok semua....macam tulah jugak anak-anak kita....yang sulung elok...yang kedua elok...mai yang tengah...perangainya lain sangat....sambil memetik sepotong ayat...

أحسب الناس ان يترکوا ان يقولوا امنا وھم لايفتنون

bermaksud :Apakah manusia menyangka cukup dengan mereka mengatakan Aku Beriman...sedangkan mereka tidak di fitnah atau diuji..." Pecah derai ketawa kami. Rupa-rupanya tape tersebut mengandungi rakaman ceramah agama oleh Yang Berbahagia Ustaz Zakaria yang telah dirakam lapis oleh arwah adik saya.Tape itu kepunyaan saya dan saya rakam melalui siaran radio 3 kawasan Utara memandangkan saya dan keluarga amat meminati ceramah yang disampaikan oleh Yang berbahagia Ustaz. Sehingga kini jika saya bertemu dengan Din SG pastinya saya akan sebut semula kisah itu...butir bicara ustaz tersebut menjadi "uman" di mulut adik saya hinggalah ke akhir hayatnya.Saya tidaklah ingin memanjangkan polimik yang berlaku antara ustaz Zakaria dan sebilangan orang seperti yang dilaporkan oleh akhbar. Pada saya apa yang jelas, Ustaz Zakaria telah menjalankan tanggung jawab beliau sebagai seorang pendakwah dan orang-orang yang tersebutpun (Orang politik) melaksanakan tanggungjawab mereka juga.Jalankanlah tanggungjawab anda sekiranya masing-masing berpendirian dan mempunyai asas yang kukuh terhadap apa yang dibangkitkan. Masyarakat juga tidak membuat penilaian semata-mata dengan apa yang surat khabar laporkan kerana sebahagian besar masyarakat boleh berfikir dan menilai apa yang berlaku dengan pendapat dan pemikiran yang lebih rasional daripada apa yang orang politik dan surat khabar sangkakan. Usaha dakwah Ustaz Zakaria bukan hari ini sahaja mendapat ujian, tentangan dan dugaan malah sejak sekian lama. Sebagai bukti lihatlah paparan pada laman berikut.


http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=print&sid=6985

Rabu, 25 Ogos 2010

Haruan Belum Pupus

Walaupun dituba dan diracun untuk memusnahkan benih dan siput gondang namun haruan masih gagah bertahan di habitat asalnya. Beberapa minggu setelah sejumlah besar puyu dan ikan-ikan lain mati dan dihanyutkan arus, rakan-rakan puakajoran membuat tinjauan ke lokasi. Hasil daripada aktiviti tersebut, mereka masih lagi memperolehi ikan haruan dan puyu bersaiz mega. Walau bagaimanapun kuantitinya agak berkurangan.

Merokok membahayakan kesihatan. Jangan tiru aksi di atas.Gambar diambil sebelum bulan puasa.

Sumber: Halil dan Kudin Puakajoran.

Memperingati Peristiwa Nuzul Quran

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم اللھ الرحمن الرحيم.
أقرأ باسم ربك الذي خلق * خلق الإنسان من علق * اقرأ وربك الأكرم * الذي علم بالقلم* علم الإنسان مالم يعلم*
Nuzul ertinya turun atau pergerakan dari atas ke bawah secara disengajakan.Nuzul al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada nabi Muhammad s.a.w. Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan oleh Allah kepada nabi Muhammad S.A.W. ialah lima ayat pertama daripada surah al-Alaq melalui perantara iaitu malaikat Jibril .Seterusnya alQuran diturunkan berperingkat-peringkat sehinggalah menjadi kitab yang lengkap. Pada asalnya, kitab al Quran hanya ada dalam hafazan para sahabat.Sahabat dan pengikut kemudiannya berusaha menulis dan menjilid kitab al Quran ke dalam berbagai medium dan dengan usaha yang berterusan itu,dapatlah dilihat sebuah kitab sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 selepas keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.bersamaan 6 Ogos 610 Masihi. Ketika itu,baginda sedang beribadat di gua Hirak seorang diri. Al-Quran adalah mukjizat terbesar daripada sekalian mukjizat yang pernah diturunkan kepada nabi-nabi. Nabi Muhammad merupakan penutup segala nabi, justeru umat Islam seharusnya berbangga dengan anugerah itu. Al Quran juga memberi makna yang sangat besar kepada umat manusia terutama umat Islam yang serius memikirkan rahsia yang terkandung di dalam al-Quran.Amat istimewa pada tahun ini kerana umat Islam di Malaysia khususnya, menyambut ulang tahun nuzul Quran bertepatan dengan tarikh dan harinya iaitu betul-betul pada malam Jumaat. - Catatan asal Tokan Puakajoran.

Selasa, 24 Ogos 2010

Trip Santai di Perairan Bintulu Oleh Rakanpuaka Petronas

Malam tadi selepas solat sunat tarawih di Masjid Slim River, bergegas ke Felda Gunung Besout yang letaknya lebih 40 km dari tempat operasi. Tujuan utama hanyalah untuk "lepak santai" dengan rakan-rakan Puaka di sana. Sejak masing-masing membawa haluan sendiri, (berpindah lokasi) amat jarang kami dapat menghabiskan masa minum-minum di warung kopi.Pot lepak yang kami kunjungi ialah warung kopi Awang yang lebih dikenali dengan "Awang Corner" yang terletak di Pusat Bandar Felda Besout 3. Aktiviti yang tidak dirancang itu, disertai oleh beberapa orang rakan, antaranya penulis blog Trolak Selatan.blogspot.com iaitu saudara Rafi, Penulis blog Cepoi.blogspot.com iaitu saudara Saiful, Saudara Mustafa Abdul Kadir, seorang rakan lama yang juga seorang pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang. Disertai juga oleh rakan-rakan puakajoran seperti Pak Wahid,Awang Corner dan saudara "Fendi Evo"yang juga salah seorang kakitangan Petronas Carigali. Pada catatan kali ini saya paparkan sebahagian aksi Saudara Fendi Evo dan rakan-rakan Petronas ketika bersantai sambil "memunggah" hasil perairan Bintulu. Dalam pertemuan singkat itu juga kami sempat mengimbau kenangan silam sejak penghujung tahun 80-an dulu.




Menurut Saudara Fendi, aksi-aksi ini hanyalah untuk "memanaskan" TokPawang @ Hamdi yang sedang bermastautin di bumi Labuan sana.