السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم اللھ الرحمن الرحيم.
بسم اللھ الرحمن الرحيم.
أقرأ باسم ربك الذي خلق * خلق الإنسان من علق * اقرأ وربك الأكرم * الذي علم بالقلم* علم الإنسان مالم يعلم*
Nuzul ertinya turun atau pergerakan dari atas ke bawah secara disengajakan.Nuzul al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada nabi Muhammad s.a.w. Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan oleh Allah kepada nabi Muhammad S.A.W. ialah lima ayat pertama daripada surah al-Alaq melalui perantara iaitu malaikat Jibril .Seterusnya alQuran diturunkan berperingkat-peringkat sehinggalah menjadi kitab yang lengkap. Pada asalnya, kitab al Quran hanya ada dalam hafazan para sahabat.Sahabat dan pengikut kemudiannya berusaha menulis dan menjilid kitab al Quran ke dalam berbagai medium dan dengan usaha yang berterusan itu,dapatlah dilihat sebuah kitab sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 selepas keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.bersamaan 6 Ogos 610 Masihi. Ketika itu,baginda sedang beribadat di gua Hirak seorang diri. Al-Quran adalah mukjizat terbesar daripada sekalian mukjizat yang pernah diturunkan kepada nabi-nabi. Nabi Muhammad merupakan penutup segala nabi, justeru umat Islam seharusnya berbangga dengan anugerah itu. Al Quran juga memberi makna yang sangat besar kepada umat manusia terutama umat Islam yang serius memikirkan rahsia yang terkandung di dalam al-Quran.Amat istimewa pada tahun ini kerana umat Islam di Malaysia khususnya, menyambut ulang tahun nuzul Quran bertepatan dengan tarikh dan harinya iaitu betul-betul pada malam Jumaat. - Catatan asal Tokan Puakajoran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan