Rabu, 25 Ogos 2010

Haruan Belum Pupus

Walaupun dituba dan diracun untuk memusnahkan benih dan siput gondang namun haruan masih gagah bertahan di habitat asalnya. Beberapa minggu setelah sejumlah besar puyu dan ikan-ikan lain mati dan dihanyutkan arus, rakan-rakan puakajoran membuat tinjauan ke lokasi. Hasil daripada aktiviti tersebut, mereka masih lagi memperolehi ikan haruan dan puyu bersaiz mega. Walau bagaimanapun kuantitinya agak berkurangan.

Merokok membahayakan kesihatan. Jangan tiru aksi di atas.Gambar diambil sebelum bulan puasa.

Sumber: Halil dan Kudin Puakajoran.

7 ulasan:

  1. isap rokok time siang di bulan puasa? tp tu gamba lama bukan di bulan puasa kan? :D

    BalasPadam
  2. saya masih ingat lagi suatu ketika dulu di alor star bendang arwah tok wan. ketika tu mesin padi baru menjejakkan "kaki" dan menguasai keseluruhan proses mengetam padi.
    1980an masih dlm sekolah menengah. ilah jy ke petak sawah. dan dapati berpuluh2 ekor ikan berlompat2 diatas jerami padi yg diinjak oleh mesin. apa lagi ilah jy pun amek timab dan pungut bawa balik dekat 1/2 timba besar juga la siap bawa basikal lagi sbb berat. kesemua ikan ada terutama haruan keli dan puyu.. apa lagi proses menyiang laaa itu hobi kussss siang ikan. tapi la ni kalu suruh siang ikan keli dan haruan teh kenapa jadi pengeli..terasa banad ikan tu semacam jer..sejak peknan anak ke4 di kangar perlis perasaan itu menjelma..pembawakan kot.. tapi sampai tua ni pun masih pengeli..
    bila terkenangkan zaman sekolah ooo akulah heroin menyiang ikan puyu sampai hancussss jemari kusss..hehe..
    tak merasa lagi sawah padi dah dok di sini...kalu nak juga balik alor star laaa apa lagi...tapi ikan dah cabut lari x mcm zmn kuss dulu tak payah pancing ikan timbul atas jerami hehehe...
    maaaaffff pjg berjelaaaa...

    BalasPadam
  3. Salam bro...

    Tu hari tgk kat ASTRO chanel Discovery diorang ckp ikan harun nie kat Amerika sana nie haiwan ganas & perosak... jadi kalau tangkap dapat tawaran... jom pegi sana !

    BalasPadam
  4. tokan to mr. noble...ya tuan itu gambar sebelum puasa...bnyak2 gambar yg tertangguh postingnya...hu hu

    BalasPadam
  5. to ilahjy..saya pun rasa gitu...masih teringat2 zaman dulu2..zaman lauk dan sayuran amat senang didapati...x payah susuh2...jenguk dalam bendang...jenguk belakang rumah..ade saja lauk dan sayuran..hari ini semua dah berubah...itulah perubahan zaman. Trima kasih sudi berkongsi maklumat dan pengalaman,,,, suasana dan kenangan di kampung masih dalam ingatan..

    BalasPadam
  6. to Abd Karim Mj, tq singgah...best tu...di sini harga haruan boleh tahanlah rm 12/kg...kalau ada tawaran tu mesti lagi mahal agaknya...kata org haruan berkhasiat tp saya kurang sikit makan ikan2 air tawar kecuali kena dengan masaknya...pertamanya mesti digoreng dahulu...x kiralah apapun masaknya...

    BalasPadam
  7. susah sgt nk jmpa ikan haruan besar mcm tu skrg ni..

    BalasPadam