Isnin, 8 November 2010

Kelabau Penutup 2010

Saya agak keliru dengan jenis ikan ini. Sesetengah orang (bukan di daerah kami) memanggil ikan ini dengan nama ikan ara-ara. Padanlah apabila dinyatakan ikan kelabau mereka seakan tidak mengerti, setelah diamati tahulah mereka, ikan ini dipanggil ikan ara-ara. Entahlah, lain tempat lain panggilannya.Selain itu ada juga yang menyatakan ikan ara-ara hampir sama dengan rohu. Saya tidak pasti bagaimana rupa ikan ara-ara yang sebenarnya.

Kelabau seberat 1.7 kg ini dipancing oleh Rakanpuaka Ali Burger pada musim kelabau (sebelum musim hujan) lebih kurang seminggu yang lalu. Lokasi biasa, tuas Ulu Basir menggunakan umpan sawit potong.

Tak kenal maka tak cinta. Seronok dapat layan kelabau ini.


* merokok membahayakan kesihatan. Jangan tiru aksi di dalam gambar di bawah.


1 ulasan:

  1. rindu nak pancing ikan kelabau..bila la air sungai tu nak ok... kat sungai perak diorang pggil ikan tu ikan ara2.. ingatkan ara2 tu ikan rohu ke.. rupenye ikan kelabau.. :)

    BalasPadam