Isnin, 8 November 2010

Undangan Majlis Perkahwinan

Sabtu, 6 November 2010.Setelah seketika di Majlis Hari Graduasi MRSM Felda di Bandar Felda Trolak Jaya, terus ke rumah bapa mertua bloger BR, tuan punya blog blues riders.blogspot.com di Trolak Selatan memeriahkan majlis perkahwinan adik ipar BR. Sempat jugalah merakamkan beberapa keping gambar. Kebetulan pengantin baru sahaja sampai.





Di Trolak Selatan berhadapan rumah bapa mertua BR terserempak pula dengan Pak Man, salah seorang kenalan lama dan peminat golok. Lantas berkunjung ke rumah beliau dan sempat seketika berbual tentang kayu "Mentaga" yang sesuai untuk dibuat sarung golok. Gambar kayu tersebut akan saya paparkan di laman Golokkraf.blogspot sedikit masa nanti.
Kemudiannya berkunjung ke Perkampungan Muhibah Sungkai, memenuhi undangan majlis perkahwinan anak kepada sahabat joran, Saudara Mohd Rejab.Sempat juga merakamkan beberapa aksi pengantin.




Menjamah juga hidangan walaupun tidak terdaya. Jika diikutkan, masih ada lagi undangan majlis perkahwinan pada hari ini, namun terpaksa dibatalkan lantaran hari sudah larut. Kebiasaanya majlis kenduri perkahwinan di Felda Besout akan berakhir pada pukul 2.00 petang. Kepada Wak Kamali Mohammad (Felda Besout 2)saya mohon keampunan kerana tidak sempat untuk memenuhi undangan pada hari tersebut. Tahniah kepada para mempelai dan bakal mempelai.Semoga bahagia berpanjangan.

Pada malamnya bergegas pula ke Felda Gunung Besout untuk majlis tahlil dan doa selamat dua pupu saya yang bakal bertunang pada hari Ahad 7.11.2010.








Hari Ahad, 07.11.2010 bergegas ke Pot Jelawat sungai Cenderiang dengan Mat Trolak. Nantikan paparannya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan