Rabu 1/12/2010 bergerak secara solo ke sungai Cenderiang. Misi memburu jelawat ke 7 pada musim ini.

Tiba di lokasi lebih kurang pukul 12.00 tengah hari. Terkejut dengan paras air yang melimpahi tebing. Perasaan takutpun ada, manalah tahu kalau-kalau ada sang bedal mendarat di bawah pohon sawit.

Mahu tidak mahu cuba jugalah menghulurkan pancing dari celahan pangkal sawit. Ketika itu jelawat mula menyambar sampah dan daun-daun yang hanyut.

Seketika kemudian joran dilentur keras dan terdaratlah seekor jelawat yang pada mulanya, saya anggarkan lebih kurang 900 g. Tidak dapat untuk beraksi (bergambar) kerana keadaan air melimpahi tebing. Silap-silap nanti putih mata dibuatnya.Terus dimasukkan ke dalam kurungan.

Beberapa ketika lampam pula menjamah umpan.

Saya tidak berada lama di situ. Pulang sekitar pukul 4.00 petang kerana hujan lebat.

Jelawat seberat 1 kg.

Si Kecil, ingin turut bergambar.


Jelawat galak mencari makanan untuk mengumpul tenaga bagi melepaskan telur pada musim air besar begini.

Pada waktu-waktu begini teringat saya kepada arwah Ronie (adik) yang sentiasa mengajak pulang ke kampung jika air besar untuk menjaring terbul yang sedang sarat dengan telur. Telur terbul sangat enak jika digoreng atau dipanggang.
sodap tu ikan jelawat huhu.. lame da tk mcing nie..bile nk bwk renjer turun sungai cendriang?? hehe..
BalasPadam