Rabu, 1 Disember 2010

Tongsan Sisik Kasar SKC - Edisi Tertunda

Saya paparkan kembali catatan tertunda Tongsan SKC yang didaratkan oleh Parel pada penghujung Oktober yang lalu. Gambar-gambar ini telah diberikan kepada saya oleh En. Sabri (Pak Cik Abai) @ ayah Parel beberapa hari setelah tongsan tersebut didaratkan.Atas masalah teknikal, gambar-gambar tersebut gagal dikesan (laptop meragam). Berat tongsan ini 12 kg dijinakkan oleh Parel menggunakan umpan sawit potong. Rekod Angkatan Muda Rakanpuaka setakat ini.


Akram (adik Parel) turut beraksi kenangan. Kuah tumpah ke nasi. Catatan yang lepas En. Abai telah mendaratkan siakap "jack pot" di kolam batu 30 seberat 7 kg.Ikan ini akhirnya diagih-agihkan kepada rakan-rakan yang sama-sama menjoran pada hari tersebut.

2 ulasan: