Menurut rakan-rakan joran, lokasi ini dahulunya terkenal dengan jolokan lubuk patin. Namun sekarang amat sukar dilihat ikan patin bermain arus di sini lagi, mungkin perubahan struktur sungai atau patin sudah semakin pupus. Ahad lalu saya bergerak secara solo ke lokasi ini. Dalam hati timbul juga perasaan cuak, mau tidaknya sudahlah jauh ke dalam hutan, jaraknya dari tempat tinggal saya melebihi 50 km. Jika berlaku apa-apa susah juga rakan-rakan menjejaki saya. Minat punya fasal tidak boleh ditahan.

Tuas kegemaran saya tidak memberikan apa-apa hasil walaupun menanti melebihi 3 jam. Sebelum ini 4 ekor jelawat telah saya daratkan di sini.

Lebih kurang pukul 5 petang bergerak ke sini. Pot kegemaran Mat Trolak.

Setengah jam di sini, joran dilentur keras. Loceng berbunyi kalut dan mesin mengeluarkan bunyi berderak.Belum sempat saya menyambar joran, mangsa berjaya meloloskan diri.Perambut Ichiban 25lbs saya putus dengan sekali henjutan.

Beberapa ketika kemudian kelihatan beberapa rakan joran dari Felda Besout sampai secara tidak sengaja. Mereka menyusur sungai dengan berjalan kaki lantaran kenderaan mereka tersekat di bahagian atas.Kehadiran mereka membantutkan niat saya untuk pulang. Sedang saya leka melayan bual dengan Najib tiba-tiba joran saya dilentur keras. Penat juga berlari mengejar joran yang terletak agak jauh.Akhirnya dapat juga saya daratkan seekor jelawat. Tidak besar. Hanya seberat 600 g.

Seperti biasa, Shimano Ultegra menjadi pilihan Sang Jelawat.

600 g sahaja.
hulamak ikan2 ayaq tawaq kt perak memang bez la
BalasPadam