Khamis, 23 Disember 2010

Rohu 5 Kg Milik Saya

Seperti yang dirancangkan semalam, awal-awal lagi saya bergegas ke stesen Petronas Sungkai untuk menanti Juragan Nizam Balun dan Ustaz Dusuki. Destinasi kami tidak lain, melainkan lokasi rohu 8 kg dan patin 4 kg yang didaratkan oleh Bro Mie semalam.Tidak berpuas hati ,kerana rohu langsung tidak menjamah umpan kami semalam. Kunjungan awal kami langsung tidak disambut,  sehinggalah ke pukul 4.00 petang. Secara tidak sengaja saya terlihat tali pancing saya bergerak perlahan. Ketika itu saya baru sahaja menjamah nasi bekalan akibat terlalu lapar. Tanpa sempat menghabiskan nasi, saya bergegas untuk mendaratkan mangsa yang saya fikir sekitar 2.5 kg sahaja beratnya. Lama juga bermain di celahan rumput yang tebal di sekitar tebing yang sering membuatkan penjoran  kecundang jika tidak membawa gancu. Alhamdulillah saya dapat mendaratkan sasaran dengan sempurna.Di pojok berhampiran, kelihatan Pak Majid, salah seorang rakan pancing Team Trolak sedang gelisah kerana pada hari ini beliau keseorangan lantaran sahabat-sahabat lain ada tugasan masing-masing. Di sebelahnya seorang penjoran berbangsa Cina baru sahaja hendak pulang setelah mendaratkan seekor Rohu dianggarkan sebeat 5 kg.Lebih kurang pukul 5.00 petang Pak Majid meminta diri pulang dengan beberapa tangkapan bersaiz kecil. Peluang itu saya ambil untuk beraksi di lokasi beliau. Tidak sampai 10 minit umpan dilabuh joran saya membengkok keras, beberapa minit beraksi akhirnya saya tewas, mangsa terlucut setelah dengan keras menyusup di bawah gambut.


Juragan Nizam bergambar kenangan.Hari ini beliau lebih gemar menjoran ikan-ikan kecil seperti terbul dan lampam daripada menjoran rohu.
 Ustaz Dusuki turut bergambar.
 Berat sebenar ikan ini ialah 4.9 Kg. Kurang 100g melengkapkan 5 kg.

Pastinya saya akan terkenang Sang Rohu kedua yang gagal saya daratkan tadi. Nantilah....saya akan ulang lagi selewat-lewatnya Sabtu ini.

2 ulasan:

  1. salam tuan, memang puas hati dapat saiz besaq tu :) masak simpan sminggu lepas ni klu bujang.hehe

    BalasPadam
  2. besarnya ikan...sedapnya mkn yg fresh2..

    BalasPadam