Seperti yang dirancang pada mesyuarat tidak rasmi malam tadi di restoran Aloha, di persimpangan Kampung Balun menjadi kenyataan. Setelah pulang daripada urusan di PKG Tapah Road, saya bersama-sama Bro Mie Trolak dan Juragan Nizam Balun bergegas ke lokasi. Kami tiba lebih kurang pukul 10.40 pagi. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Panas mentari mula terik. Di lokasi, dua lagi sahabat sudah sedia menjadi penghuni setia lubuk. Dua kali Fadhil Trolak tewas, Sang Rohu berjaya melepaskan diri. Kami semakin teruja.Kami berlegar-legar mencari lokasi yang sesuai.Lebih kurang pukul 2.00 petang , kami terdengar jeritan Bro Mie. Seketika kemudian, seekor patin seberat 4 kg berjaya ditewaskan dengan bantuan Fadhil. Beberapa ketika kemudian sekali lagi Bro Mie membuat kejutan, seekor rohu seberat 8 kg pula tumpas, juga dengan bantuan Fadhil. Kami hanya memerhatikan dari jauh. Tidak sempat merakamkan video.
Bro Mie Trolak beraksi cemerlang pada hari ini.
Juragan Nizam turut bergambar kenangan.
Saya apatah lagi. Teruja sangat walaupun tewas dalam perburuan.
Esok pagi misi akan diteruskan, hari ini kami jadikan kesempatan bertemu sahabat-sahabat Trolak untuk menimba ilmu dan pengalaman. Gambar dan keterangan lain akan saya paparkan kemudian. Sekarang masa untuk berehat kerana letih yang amat sangat. Maklum sahajalah seharian berpanas terik.

wah menarik nih huhu.. mane pot nak cube2 jugak hehe... lame dah tk tarik rohu...
BalasPadamish..minat mncing..tpi xpnah dpat ikan besar2 gni..ikn hruan pling bsar pon bsar lngan je..
BalasPadamteringin nak cuba mancing. ntah bila
BalasPadam