Pukul 9.00 pagi sudah terpacak di tebing sungai yang jaraknya lebih 80 Km daripada tempat kediaman. Tegarkah aku, saban hari berkunjung ke situ? Hampa tidak terkira melihatkan air yang keruh mengalahkan teh tarik lantaran hujan lebat semalam ditambah pula kerja-kerja membuat saliran oleh pekebun sawit yang airnya mengalir terus ke dalam sungai. Disusuli pula hanyutan pelepah sawit dan keladi bunting. Hendak berpatah balik separuh mati meredah lopak jalan ladang yang ditakungi lumpur hingga kadangkala tersangkut pada perut kereta. Gagahi juga melontar umpan dengan harapan kalau-kalau ada jelawat yang tidak buta dan betah bertahan dalam air berkeladak.Sehingga pukul 5.00 petang, hanya lampam "laki bini" ini sahaja yang sudi meragut umpan. Alhamdulillah, dapat juga menjadi penghias akuarium yang semakin menghijau airnya.Esok? Serikkah aku? Tidak sekali-kali akan tunduk dan tidak sekali-kali lari dari perjuangan....(meminjam kata-kata Muammar Ghaddafi - Pemimpin Libya). Misi rohu pulak....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan