Ikan sungai memang enak, jika kena dengan masakannya. Rakan-rakan seangkatan yang bertugas di SK Besout 4, ada resepi tersendiri untuk memasak hasil pancingan dari sungai Cenderiang baru-baru ini. Masak salai ikan likoh dan kaloi menjadi santapan mereka.
Sedang menyiang ikan kaloi.... Duhai bondaku Si Ikan Kaloi....
Macam sedang melakukan bedah siasat pulak.
Likoh yang telah siap dipotong dan dilimaukan.
Dicuci setelah dilimaukan.
Sahabat baik.Bukan sahaja pakar menjoran malah handal memasak resepi ikan sungai.
Hati-hati mencuci. Silap cuci tak hilang bau hanyir ikan sungai ni.
Ikan yang telah dicuci disalai.
Persiapan untuk memasak ikan salai.
Adunan kuah, seperti masak lemak cili api.
Masukkan ikan yang telah disalai ke dalam kuah.
Cayalah Pak Su.... Terbaik tu...
Pak Su (Cepoi) dan rakan-rakan SK Besout 4, santai waktu rehat. Menyediakan juadah makan tengah hari untuk menjimat belanja sambil mengeratkan hubungan sesama rakan.
Ayampun ada...
Jimat belanja hari ini.
Apa lagi...Jom makan. Resepi masakan ini tidak diperolehi tapi rasanya macam masak lemak cili api jugalah. Bezanya ikan disalai terlebih dahulu. Boleh dimasukkan pucuk ubi jika suka.
Sumber: Pak Su @Cepoi , Pengumpul Sumber Puakajoran.blogspot.
Ahad, 27 Mac 2011
Sabtu, 26 Mac 2011
Tenggiri Tuas Yan - Bahagian Kedua
Terlewat untuk memaparkan hasil yang diperolehi rakan-rakan pada minggu lalu sewaktu beraksi di Tuas Yan. Pastinya rakan-rakan lain sudah ternanti-nanti dan mengimpikan trip yang berjaya seperti ini. Saya paparkan sebahagian aksi rakan-rakan sewaktu tiba di jeti setelah menyelesaikan misi mereka.
Trip berikutnya akan dilaksanakan pada 2.4.2011 (Joran Berita Harian). Walaupun ada kekosongan,saya kira trip ini tidak dapat kami sertai, lantaran tugas lain yang harus dilaksanakan. Saya dan Juragan Nizam mungkin akan mengikuti trip berikutnya iaitu pada 19.4.2011.
Cikgu Zul Azri dengan sebahagian 35 ekor tenggiri yang berjaya didaratkan.
Juragan Nizam Balun dengan kerapau Tuas Yan.
Dua ekor tenggiri sudah cukup untuk meletihkan penjoran amatur seperti saya tapi mungkin tidak bagi Juragan Nizam dan rakan-rakan lain yang mengikuti trip ini.
Sedang memunggah hasil pada hari tersebut.
Alu-alu yang tewas di tangan Juragan Nizam.Sebahagian hasil yang berjaya didaratkan.
Rabu, 23 Mac 2011
Durian Felda
Buah durian. Memang menjadi kegemaran saya. Tidak akan melepaskan peluang jika rezeki di depan mata. Sedang berkira-kira untuk paparan berikutnya, tiba-tiba dijemput oleh Tok Kie Golokkraf untuk menikmati durian. Pucuk dicita ulam mendatang.
Bekalan untuk dibawa pulang. Terima kasih Tok Kie.
Sesiapa yang punyai dusun dan banyak durian serta berhajat untuk menjemput saya makan, dialu-alukan.... Kepada Tok Pawang (Hamdi) yang bermastautin di Labuan sana tu, jika rasa nak makan durian Tok Kie, silalah balik . Tokan - Teringat kenangan bersama Tok Pawang menggail jelawat berumpankan durian yang diuli bersama-sama dedak di Tronoh mines.
Isnin, 21 Mac 2011
Bandar Arowana "Ditenggelami" Air
Pancur, Bukit Merah - Sebentar tadi dilaporkan kawasan sekitar Pancur, hingga ke Padang Lalang Bukit Merah atau lebih dikenali dengan jolokan Bandar Arowana telah dinaiki air. Menurut sumber , banjir secara tiba-tiba itu disebabkan hujan yang turun berlarutan sejak Jumaat lalu. Keadaan saliran yang tidak diselenggara dengan sempurna, disamping sesalur pelepasan air yang tidak cukup besar untuk menampung pelepasan air menyebabkan banjir. Selain itu kesan penambakan dan benteng konkrit yang dibina oleh pengusaha kolam arowana juga dikatakan menjadi salah satu sebab air tidak dapat mengalir dengan baik. Kediaman penduduk yang terletak di lokasi yang agak rendah rata-rata ditenggelami air.Situasi ini diburukkan lagi dengan pelepasan air daripada kolam Bukit Merah yang tidak dapat menampung kuantiti air yang berlebihan. Pihak-pihak berwajib sedang bertungkus-lumus membantu mangsa-mangsa yang terbabit dengan bencana tersebut. Mangsa banjir ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Merah - Kudin Puakajoran.
Ahad, 20 Mac 2011
Di Sebalik Kejadian Gempa Bumi dan Bencana Alam - Peringatan Kepada Yang Lupa
Sebahagian dari bencana alam berpunca dari kekufuran dan maksiat yang dilakukan manusia sendiri seperti firman Allah dalam Surah al-ankabut ayat 40.
Mafhum Hadith:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah (kepimpinan) dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami mengikut atau menurut kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya,
6. Anak melebihkan kawan-kawannyanya.
7. Anak-anak menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Para artis disanjung dan dimuliakan.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir atau umat terkemudian melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain .
Peringatan Allah Tentang Hari Gempa Yang Paling Dahsyat (Qiamat)
SURAH AL-QARI’AH / “MALAPETAKA”
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Dengan Nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang
الْقَارِعَةُ
Malapetaka yang tiba-tiba.
مَا الْقَارِعَةُ
Apakah malapetaka yang tiba-tiba itu?
وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْقَارِعَةُ
Dan apa yang akan membuat engkau mengerti apa malapetaka yang tiba-tiba itu?
يَوْمَ يَكُونُ النَّاسُ كَالْفَرَاشِ الْمَبْثُوثِ
Pada hari di mana manusia akan seperti ngengat yang penuh bertebaran,
وَتَكُونُ الْجِبَالُ كَالْعِهْنِ الْمَنفُوشِ
Dan gunung-gunung akan (berterbangan) seperti bulu domba yang disisir.
فَأَمَّا مَن ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ
Adapun orang yang timbangan amal baiknya berat,
فَهُوَ فِي عِيشَةٍ رَّاضِيَةٍ
Ia akan menjalani kehidupan yang menyenangkan.
وَأَمَّا مَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ
Adapun orang yang timbangan amal baiknya ringan,
فَأُمُّهُ هَاوِيَةٌ
Tempat tinggalnya adalah jurang yang paling bawah "hawiah".
وَمَا أَدْرَاكَ مَا هِيَهْ
Dan adakah engkau tahu apa itu "hawiah"?
نَارٌ حَامِيَةٌ
Api panas yang bernyala-nyala.
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
فَكُلًّا أَخَذْنَا بِذَنبِهِ فَمِنْهُم مَّنْ أَرْسَلْنَا عَلَيْهِ حَاصِبًا وَمِنْهُم مَّنْ أَخَذَتْهُ الصَّيْحَةُ وَمِنْهُم مَّنْ خَسَفْنَا بِهِ الْأَرْضَوَمِنْهُم مَّنْ أَغْرَقْنَا وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَكِن كَانُوا أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ
Maksudnya : Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.Mafhum Hadith:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah (kepimpinan) dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami mengikut atau menurut kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya,
6. Anak melebihkan kawan-kawannyanya.
7. Anak-anak menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Para artis disanjung dan dimuliakan.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir atau umat terkemudian melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain .
Peringatan Allah Tentang Hari Gempa Yang Paling Dahsyat (Qiamat)
SURAH AL-ZALZALAH
Surah yang ke 99 - Makkiyah - 8 ayat
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.
( إِذَا زُلْزِلَتِ الْأَرْضُ زِلْزَالَهَا ( 1
Apabila bumi digegarkan sedahsyat-dahsyat gegarannya.
( وَأَخْرَجَتِ الْأَرْضُ أَثْقَالَهَا ( 2
Dan bumi telah mengeluarkan isi kandungannya.
( وَقَالَ الْإِنسَانُ مَا لَهَا ( 3
Dan manusia berkata (ketakutan) mengapa bumi jadi begitu?
( یَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا ( 4
Pada hari itu bumi akan menceritakan berita-beritanya.
( بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَى لَهَا ( 5
Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (supaya berlaku demikian).
( یَوْمَئِذٍ یَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِّيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ ( 6
Pada hari itu manusia akan keluar dari kubur masing-masing dengan berbagai-bagai keadaan untuk diperlihatkan balasan amalan mereka.
( فَمَن یَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا یَرَهُ ( 7
Oleh itu barangsiapa yang berbuat amalan kebajikan seberat zarah nescaya ia akan melihat pahalanya.
( وَمَن یَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا یَرَهُ ( 8
Dan barangsiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya ia akan melihat balasannya.
Di dalam surah yang lain Allah mengingatkan:
Dan manusia berkata (ketakutan) mengapa bumi jadi begitu?
( یَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا ( 4
Pada hari itu bumi akan menceritakan berita-beritanya.
( بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَى لَهَا ( 5
Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (supaya berlaku demikian).
( یَوْمَئِذٍ یَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِّيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ ( 6
Pada hari itu manusia akan keluar dari kubur masing-masing dengan berbagai-bagai keadaan untuk diperlihatkan balasan amalan mereka.
( فَمَن یَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا یَرَهُ ( 7
Oleh itu barangsiapa yang berbuat amalan kebajikan seberat zarah nescaya ia akan melihat pahalanya.
( وَمَن یَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا یَرَهُ ( 8
Dan barangsiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya ia akan melihat balasannya.
Di dalam surah yang lain Allah mengingatkan:
SURAH AL-QARI’AH / “MALAPETAKA”
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Dengan Nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang
الْقَارِعَةُ
Malapetaka yang tiba-tiba.
مَا الْقَارِعَةُ
Apakah malapetaka yang tiba-tiba itu?
وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْقَارِعَةُ
Dan apa yang akan membuat engkau mengerti apa malapetaka yang tiba-tiba itu?
يَوْمَ يَكُونُ النَّاسُ كَالْفَرَاشِ الْمَبْثُوثِ
Pada hari di mana manusia akan seperti ngengat yang penuh bertebaran,
وَتَكُونُ الْجِبَالُ كَالْعِهْنِ الْمَنفُوشِ
Dan gunung-gunung akan (berterbangan) seperti bulu domba yang disisir.
فَأَمَّا مَن ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ
Adapun orang yang timbangan amal baiknya berat,
فَهُوَ فِي عِيشَةٍ رَّاضِيَةٍ
Ia akan menjalani kehidupan yang menyenangkan.
وَأَمَّا مَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ
Adapun orang yang timbangan amal baiknya ringan,
فَأُمُّهُ هَاوِيَةٌ
Tempat tinggalnya adalah jurang yang paling bawah "hawiah".
وَمَا أَدْرَاكَ مَا هِيَهْ
Dan adakah engkau tahu apa itu "hawiah"?
نَارٌ حَامِيَةٌ
Api panas yang bernyala-nyala.
# Sebahagian kandungan paparan ini dipetik daripada khutbah Jumaat 18 Mac 2011,Masjid Sultan Idris 11, Slim River yang sempat saya ingati.
Sabtu, 19 Mac 2011
Tenggiri Tuas Yan Misi 17 Mac 2011
Misi dilaksanakan pada 17 Mac 2011. Juragan Nizam Balun keseorangan,bertolak dari Sungkai pada petang 16 Mac. Transit di Parit Buntar sebelum meneruskan perjalanan ke Yan, Kedah. Di sana Cikgu Mie, Cikgu Zul Azri telah sedia menanti bersama tekong dan seorang awak-awak. Saya hanya mampu menahan perasaan lantaran hajat tidak kesampaian.
10:25:51 am 17 Mac , terima sms daripada Juragan Nizam Balun: Hari ini rezeki murah. Pesta tenggiri. Memang tak ada rezeki engkau.... saya hanya mampu menahan gelora di hati.05:18:13 pm 17 Mac, terima sms lagi. Misi tamat. 32 ekor tenggiri didaratkan. Banyak putus.
Keesokan paginya(Jumaat) kami sempat berbual di kedai kopi Aloha. Memang menarik, kebetulan tenggiri sedang bermain di Tuas. Jarang-jarang rakan-rakan dapat merasai situasi tersebut. Keseluruhan ikan di daratkan pada hari agak banyak, 35 ekor tenggiri tidak termasuk alu-alu, kerapu dan belitung. Jumlah keseluruhan hampir 50 ekor. Tidak termasuk juga hampir 10 ekor tenggiri bersaiz besar yang dikatam oleh gerombolan "gergasi" @ alu-alu.
Maklumat yang saya terima sebentar tadi, Cikgu Mie dan rakan-rakan mendaratkan 53 ekor tenggiri pada hari berikutnya. Pada hari ini pula 85 ekor tenggiri didaratkan.
Untuk kami,bot telah di "booking" untuk misi ulangan 19 April nanti.