Ahad, 27 Mac 2011

Masak Salai Ikan Sungai

Ikan sungai memang enak, jika kena dengan masakannya. Rakan-rakan seangkatan yang bertugas di SK Besout 4, ada resepi tersendiri untuk memasak hasil pancingan dari sungai Cenderiang baru-baru ini. Masak salai  ikan likoh dan kaloi menjadi santapan mereka.

Sedang menyiang ikan kaloi.... Duhai bondaku Si Ikan Kaloi....
Macam sedang melakukan bedah siasat pulak.

Likoh yang telah siap dipotong dan dilimaukan.





Dicuci setelah dilimaukan.
Sahabat baik.Bukan sahaja pakar menjoran malah handal memasak resepi ikan sungai.


Hati-hati mencuci. Silap cuci tak hilang bau hanyir ikan sungai ni.
Ikan yang telah dicuci disalai.

Persiapan untuk memasak ikan salai.
Adunan kuah, seperti masak lemak cili api.
Masukkan ikan yang telah disalai ke dalam kuah.
Cayalah Pak Su.... Terbaik tu...

Pak Su (Cepoi) dan rakan-rakan SK Besout 4, santai waktu rehat. Menyediakan juadah makan tengah hari untuk menjimat belanja sambil mengeratkan hubungan sesama rakan.
Ayampun ada...


Jimat belanja hari ini.
Apa lagi...Jom makan. Resepi masakan ini tidak diperolehi tapi rasanya macam masak lemak cili api jugalah. Bezanya ikan disalai terlebih dahulu. Boleh dimasukkan pucuk ubi jika suka.

Sumber: Pak Su @Cepoi , Pengumpul Sumber Puakajoran.blogspot.

5 ulasan:

  1. wahh..terliur lak nengok gulai lemak ikan salai eh bakar..huhuu.. ni makan ramai2 gini lagi best kan.ikan likoh nih x pernah jumpa laa pulak kat sini..ke nama lain?ehee..

    apa2pun tq kongsi gambo2 nih..cam para lelaki yg masak2 je ek..hehe

    BalasPadam
  2. sedap betul ikan salai ni.

    BalasPadam
  3. apo lah tak ajak...boleh putus kasih...ehhh..putus kawan nih!!! lapar lah pulak tiba2...

    BalasPadam