Sungai Cenderiang atau lebih dekenali dengan nama Sungai keruh,Sungai Lurus @ Sungai Betul di kalangan kaki pancing tempatan,masih lagi dihuni oleh spesis ikan bersaiz mega. Sungai ini menjadi destinasi menjoran saya pada setiap hujung minggu satu ketika dulu. Amat teruja apabila dapat mendaratkan jelawat melebihi 1 kg di sini. Biarlah kekal dalam lipatan sejarah. Saya mungkin tidak lagi mahu ke sini untuk menjoran, lantaran lubuk kegemaran saya ini sering diganggu oleh penjaring-penjaring tegar yang pastinya mengintai peluang, lebih-lebih lagi pada cuti hujung minggu dan air pula agak surut. Fizikal sungai yang sudah jauh berubah juga memudahkan penjaring tegar menghanyutkan jaring untuk memerangkap setiap ikan yang menghuni sungai ini.
Rakan-rakan sedang "memunggah" kaloi dan jelawat sungai Cenderiang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan