Terlewat untuk memaparkan hasil yang diperolehi rakan-rakan pada minggu lalu sewaktu beraksi di Tuas Yan. Pastinya rakan-rakan lain sudah ternanti-nanti dan mengimpikan trip yang berjaya seperti ini. Saya paparkan sebahagian aksi rakan-rakan sewaktu tiba di jeti setelah menyelesaikan misi mereka.
Trip berikutnya akan dilaksanakan pada 2.4.2011 (Joran Berita Harian). Walaupun ada kekosongan,saya kira trip ini tidak dapat kami sertai, lantaran tugas lain yang harus dilaksanakan. Saya dan Juragan Nizam mungkin akan mengikuti trip berikutnya iaitu pada 19.4.2011.
Cikgu Zul Azri dengan sebahagian 35 ekor tenggiri yang berjaya didaratkan.
Juragan Nizam Balun dengan kerapau Tuas Yan.
Dua ekor tenggiri sudah cukup untuk meletihkan penjoran amatur seperti saya tapi mungkin tidak bagi Juragan Nizam dan rakan-rakan lain yang mengikuti trip ini.
Sedang memunggah hasil pada hari tersebut.
Alu-alu yang tewas di tangan Juragan Nizam.Sebahagian hasil yang berjaya didaratkan.





Tiada ulasan:
Catat Ulasan