Menurut ibu, tanaman unik ini ialah limau kasturi. Lazimnya masyarakat mengenali limau kasturi ialah limau yang banyak ditanam oleh petani dan digunakan secara meluas dalam masakan, jus, perisa minuman dan bahan asas beberapa kosmetik secara tradisional. Menurut ibu, limau yang dikenali oleh masyarakat ramai sebagai limau kasturi itu sebenarnya limau kerisik. Limau kasturi tergolong dalam tumbuhan renek, tingginya di bawah 1.5 meter. Daunnya kecil, hampir menyerupai daun delima namun mempunyai pecahan 3 bagi setiap tangkai.Mengeluarkan buah yang hanya sebesar hujung jari kelingking orang dewasa dan mempunyai hanya satu biji benih di dalamnya. Rasanya masam dan agak pedar berbanding limau kerisik.Tidak dapat dipastikan apakah kegunaannya, tetapi masyarakat Melayu lebih terarah kepada amalan perubatan tradisional.
Daun limau kasturi.
Buah yang masih muda berwarna hijau.
Buah yang telah masak.
Boleh juga dilihat di http://agrohias.blogspot.com/
mcm sedap neggok buah limau kasturi dah masak...warnanya merah menarik spt buah manis
BalasPadamdie jd merah ek..bru sye tau..:)
BalasPadamawak tahu tak masa saya kecik kecik, saya suka makan buah limau kasturi ni...saya pilih yang gemuk gemuk, saya tenyeh dengan asam masin...makan plak atas pokok rambutan atau pokok manggis...best ya rabbi hehe...rindu nyaaaa zaman tu...
BalasPadamApakan daya, masa x akan kmbali...hancur musnahlah...semuanya...teringat masa kecik2 kena hambat fasal curi rambutan orang malam bulan puasa...
BalasPadamkahkahkah! saya tak mencuri...saya duduk dengan nenek masa kecik, jadi saya panjat pokok nenek la...mak saya garang sangat sebab tu nenek yang jaga saya...hari hari kena sebat saya ni...kalau nampak saya makan asam, separuh mati saya mak sebat tahu? hehe...
BalasPadamBiasalah...mak mesti garang...mak dulu2...mak skrg kurang garang...mulut jer...nenek adalah org yg paling baik ketika itu...rindu arwah nenek...sebahagian besar masa kecil dihabiskan bersama-sama nenek...
BalasPadamHaha...awak pun duduk dengan nenek ye??? Sedih sangat saya sebab nenek saya baru meninggal Mac baru ni...umur 92...
BalasPadammak saya garang sebab saya degil agaknya masa kecik kecik hehe...
salam..
BalasPadamteringat kg Limau Kasturi di kelantan..
dan drama Cikgu Limau Kasturi yang best tu...masih teringat-ingat...
BalasPadam