Pastinya tidak asing lagi bagi kebanyakan masyarakat Asia.Sinonim dengan masakan tom yam .Daun limau purut adalah salah satu bahan utama untuk menerbitkan aroma bagi masakan tersebut. Daun limau ini juga digunakan sebagai bahan penambah aroma bagi masakan lain antaranya rendang dan asam pedas. Buahnya pula digunakan dengan meluas oleh orang-orang Melayu sebagai salah satu bahan perubatan tradisional.Pada masa lampau,limau purut beserta "sintuk" digunakan sebagai campuran bahan mandian bagi perempuan yang lepas pantang. Mungkin dianggap sebagai "body shampoo" pada masa itu. Saya tidak pasti sama ada perahan limau ini boleh digunakan untuk menghilangkan bau hanyir ikan. Limau purut yang saya paparkan ini adalah dari jenis yang kecil buahnya. Setahu saya terdapat dua jenis limau purut, iaitu jenis besar dan kecil buahnya. Dikatakan daun limau purut jenis kecil ini mengeluarkan aroma lebih kuat.Rasanya pula lebih baik berbanding limau purut jenis besar yang agak pahit.
belakang rumah saya ada pokoknya...dulu saya tanam dalam pasu...bila dah besar sangat saya pindah ke tanah...selang 2 minggu dia meninggal dunia...rupanya, banyak akar yang lekat di tapak pasu terputus...rugi sungguh rasa...
BalasPadamSaya kira agak sukar untuk membesarkannya...musuh utamanya ulat daun, saya ada 3 pokok yang ditanam dalam pasu, kesemuanya tidak berdaun, habis dimakan ulat...sayangnya...dah besar mati pulak...boleh beli lagi tp agak mahal juga sekarang ni RM 7 untuk anak semaian yang masih kecil....di kampung, dekat rumah emak saya lihat banyak anak limau purut yang cambah...
BalasPadamkt rumah sy di kampung pokok limau purut hidup subur. biasanya kami guna utk diperah dlm budu, biasalah org kelantan
BalasPadamwah...pasti aromanya hebat...di sini kebanyakan peminat budu dan cincaluk menggunakan perahan limau nipis atau limau kasturi...
BalasPadamsuka bau buah n daunya..harum
BalasPadamYa la...ramai orang suka...yang x suka pun ada...terutama jika dimasukkan dalam rendang...dalam asam pedas ok juga..
BalasPadam