Puakajoran.blogspot mengambil kesempatan merakamkan ucapan selamat menyambut Deepavalli kepada seluruh masyarakat India dan penganut agama Hindu."Selamat Hari Deepavalli".Cuti sempena Deepavalli ini akan digunakan sepenuhnya oleh rakan-rakan puakajoran untuk bertarung membelah ombak ke Tuas Yan.Setelah gagal empat minggu berturut-turut dalam misi menjinakkan jelawat di sungai Cenderiang, rakan-rakan puakajoran akan kembali bertarung di tuas.Trip yang dipimpin oleh Juragan Nizam akan disertai oleh rakan-rakan Puaka Trolak iaitu Li Kembar, Bro Radzi,Sdr Lan.Saya sebagai "bidan terjun" menggantikan Pak Su @ Cepoi yang menarik diri di saat-saat akhir.Seperti biasa, penyelaras trip ialah Cikgu Mie Radzi Kuala Dulang.Kumpulan penjoran akan berlepas dari Sungkai, lewat petang ini.Diharapkan misi kali ini membuahkan hasil setelah kecundang akibat kerosakan bot pada trip yang lalu.
Isnin, 24 Oktober 2011
Khamis, 20 Oktober 2011
Joran Puaka Zulhelmi Tewaskan Tongsan Sungai Bernam
Lubuk sungai Bernam, SKC masih tersimpan ikan-ikan bersaiz mega.Lama tidak berpeluang berkomunikasi dengan rakan-rakan dan anak buah di Felda Besout, semalam saya terima kiriman gambar seekor "mangsa" yang ditewaskan oleh mereka di sungai Bernam hampir sebulan yang lalu.Seekor tongsan sisik kasar.
Aksi Zulhelmi selepas mendaratkan tongsan sungai Bernam,SKC.
Rakan-rakan turut beraksi dengan mangsa yang telah ditewaskan.
Epoi, juru lapor dan pengirim visual. (18 SG)
Wajah salah seorang penjoran tegar.
Selasa, 18 Oktober 2011
PASTI, Aura Ikan Sungai Sudah Menghilang
Minggu ke tiga berturut-turut menjejak jelawat di sungai Cenderiang, Air Kuning.Nasib masih belum berubah.Tiada getusan,tiada rembatan.Pastilah sudah.Aura pancingan sungai sudah menghilang.Sesekali terlihat juga kelibat jelawat bermain arus dan meragut daunan teberau yang terjulur ke sungai namun tidak berkesudian meragut umpan.Hampa dan kecewa.Situasi yang jarang-jarang berlaku lebih kurang lapan bulan yang lalu.Pulang dengan tangan kosong.
Di Felda Besout khabarnya,rakan-rakan(tidak pasti siapa yang mendaratkan) mengarak seekor lagi patin SKC seberat 8 kg ke seluruh Felda Besout 1,2 dan 3 pada hari yang sama.Sungguh sampai hati mereka membakar hati rakan-rakan yang sudah kehilangan aura.Juragan Nizam,Cepoi,Mat Trolak,Ustaz Dusuki,Apoi Si Renjer Sungai,Ajib,Ali Burger,Man Bayan,Sahak,Wan Acad,Man Lamak,Tok Pawang dan rakan-rakan sakalian....Apa sudah jadi dengan kita?Penjoran-penjoran amatur sudah memunahkan rekod kita....Jom menjoran.Kembalikan aura yang hilang.FISHING 4ALL!Tokan PJ.
Sabtu, 15 Oktober 2011
Semakin Hilang Aura Jelawat
Semakin hilang aura menjinakkan jelawat.Gambar dirakamkan pada 25.09.2011 sewaktu saya dan Mat Trolak menjejak semula riak-riak jelawat sungai cenderiang yang telah saya tinggalkan hampir setahun sudah.Gara-gara terlibat dengan misi menjoran di air masin.Bermula dengan perairan Sitiawan-Lumut-Pangkor,Kuala Gula hinggalah ke Tuas Yan.Misi Pulau Jarak, Perairan Nenasi dan Mersing?Masih menaruh harapan.
Setelah meredah hutan banat dan ladang kelapa sawit, kami mudik ke sungai Cenderiang sebelah bawah melalui Kampung Pasir Pekan (jalan ke Tronoh Mines).Puas melabuh umpan namun tiada jelawat yang sudi melahapnya.Mudik lagi hinggalah bertemu dengan sungai Kinta.Penat jangan dikira meredah hutan resam dan hutan teberau.Hasilnya tetap kosong.Di kuala sungai ini juga,puas kami menukar umpan dan mempelbagaikan teknik.Dari umpan sawit hinggalah ke umpan usus ayam.Hasilnya tetap sama.Tiada rembatan ikan besar, hanya sekali-dua getusan ikan kecil.Sesekali juga kelihatan kelibat Sang Patin menunjuk laku bermain arus.
Bosan menanti.
Di akhir penantian yang menjemukan, tersesat jugalah seekor lampam sungai Kinta ini.Setelah seketika tiada lagi tanda-tanda jelawat muncul, kami menukar arah.
Sewaktu meredah hutan yang agak tebal kami terserempak dengan satu hamparan seperti tilam yang diperbuat daripada timbunan pohon-pohon teberau dan anak-anak kayu.Persekitarannya agak bersih dan mempunyai satu lorong menuju ke sungai. Mat Trolak lantas mengajak berpatah balik.Memandangkan jarak untuk keluar yang agak jauh, saya berkeras meredah semak untuk naik ke tebing yang jaraknya kurang 10 meter dari tempat tersebut walaupun terpaksa meredah teberau dan resam yang hampir hapus paras kepala.Dalam fikiran saya sarang tersebut 100% milik babi hutan.Punyalah takut, kalau-kalau disergah Sang Babi.Setelah tiba di tebing barulah Mat Trolak membuka mulut, sarang tersebut mungkin kepunyaan Sang Bedal.Patutlah ada jalan menuju ke air.Sayangnya, saya tidak sempat merakamkan sarang tersebut kerana hujan yang agak lebat dan juga sedikit rasa takut.Tiada pilihan lain, akhirnya kami menuju ke tampat biasa, sungai Cenderiang berhampiran perkampungan SMTD.
Pencarian kami di sini,turut hampa namun di langit sudah ada tanda-tanda hujan akan turun.Jika hujan lebat, air melepasi tebing, ada harapan jelawat akan kembali meragut umpan.Minggu hadapan kami akan kembali.
Minggu berikutnya kami kembali lagi ke sini, namun keputusanya tetap sama.KOSONG.
Sabtu, 8 Oktober 2011
Rakan Trolak Mewah Dengan Kelah Sungai Sungkai
Gambar ini dikirimkan oleh Pengumpul Sumber Pak Su@Cepoi lebih sebulan lalu.Aksi sahabat-sahabat beliau(rakan-rakan Trolak) sewaktu berpesta dengan tangkapan kelah sungai Sungkai.Gambar ini saya posting agak lewat kerana mematuhi amanat rakan-rakan beliau agar tidak terlalu cepat menguar-uarkan kegiatan mereka.Nanti lubuk diserbu oleh kaki pancing lain.Tergugat periuk nasi mereka.Apapun lokasi sebenar mereka tidak dinyatakan dengan tepat.Berdasarkan maklumat dan cakap-cakap mereka, saya kira lubuk ini mungkin terletak di bahagian hulu sungai Sungkai melalui perkampungan Menderang hinggalah ke perkampungan Orang Asli.Mungkin juga hingga ke sempadan negeri Pahang. Meredah hutan.
Biarpun tidak dinyatakan dengan tepat lubuk tempat mereka menjoran, diharapkan mereka mematuhi etika sebagai seorang pemancing dan pencinta hidupan dan kehidupan.Jangan menggunakan kaedah yang dilarang untuk memperolehi spesis ini dengan cepat dan mudah agar populasi spesis ini dapat dikekalkan kelangsungannya.Gunakan anugerah Ilahi dan berfikir secara bijaksana supaya khazanah dan rezeki yang dilimpahkan kekal diwarisi dan menjadi kesinambungan kepada generasi akan datang.
Tokan-Sudah lama kehilangan jejak kelah dan jelawat gara-gara Tuas Yan.
Gambar Oleh Pengumpul Sumber: Paksu @ Cepoi.Menjoran Untuk Semua - Tokan.

Selasa, 4 Oktober 2011
Pertandingan Memancing Tertutup PSKPP Daerah Batang Padang 2011
*TERKINI (MAKLUMAT TAMBAHAN:KEPADA PESERTA PSKPP YANG MENDAFTAR UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN, ANDA DIBENARKAN MENERUSKAN AKTIVITI MEMANCING SELEPAS ACARA PENYAMPAIAN HADIAH HINGGALAH KE PUKUL 12.00 TENGAH MALAM - PENGANJUR)
ANJURAN : PSKPP Pejabat Pelajaran Daerah Batang Padang.
TEMPAT : Kolam Pancing Sharif World,Bidor.
TARIKH : 08 Oktober 2011.
MASA : 08.00 Pagi - 12.30 Tengah hari.
PENYERTAAN : Terbuka kepada kakitangan Jabatan Pelajaran (PSKPP) Daerah Batang Padang Sahaja.
PERASMI: Tuan Haji Muhammad Nawawi b. Haji Yaakub, PPD Batang Padang.
MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:
* Penyelia Sukan PPD Batang Padang : EN. AHMAD ZUBIR.
* PK(PEN.) SMK SG. KRUIT: EN. ALIAS - 0194466524.
* PK (HEM) SMK SG. KRUIT: EN. KHUSAINI - 0194140277.

Klik untuk besarkan gambar.
Maklumat lanjut,rujuk portal PPD Batang Padang.
*(MAKLUMAT TAMBAHAN:KEPADA PESERTA PSKPP YANG MENDAFTAR UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN, ANDA DIBENARKAN MENERUSKAN AKTIVITI MEMANCING SELEPAS ACARA PENYAMPAIAN HADIAH HINGGALAH KE PUKUL 12.00 TENGAH MALAM - PENGANJUR)
Isnin, 3 Oktober 2011
Pertandingan Memancing Pantai PSKPP Negeri Perak 2011
Anjuran : PSKPP Negeri Perak.
Tempat : Pantai Teluk Batik,Lumut,Perak.
Tarikh : 14 Oktober 2011.
Masa : 08.00 Malam - 12.00 Tengah Malam.
SYARAT PERTANDINGAN
* Terbuka kepada semua ahli PSKPP.
* Peserta perlu membawa peralatan sendiri dan umpan pilihan.
* Setiap peserta dikenakan bayaran RM 35 (Termasuk Umpan)
* Peserta boleh menggunakan lebih daripada satu joran (banyak).
HADIAH
Hadiah berupa "HAMPER" disediakan kepada pemenang tempat pertama hingga ke sepuluh.
KESELAMATAN
Keselamatan peserta adalah tanggungjawab sendiri.Pihak penganjur tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan,kecuaian,kehilangan semasa aktiviti dijalankan.
BORANG PENYERTAAN
Dapatkan borang penyertaan daripada pihak sekolah atau jabatan masing-masing.
Borang yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke: PPD Manjung (Up: En. Zuraidi bin Samad) pada waktu pejabat (8.00 pagi - 5.00 petang)
Tarikh tutup penyertaan : 14 Oktober 2011.
MAKLUMAT ATAU PERTANYAAN LANJUT SILA HUBUNGI:
* EN. ISMAIL BIN NAYAN - 019-5560775.
* EN. KAMAHEJAT BIN ARIFIN - 013-5831510.
* EN. IZZAMUDDIN - 012-5144515.
* EN. AZRAD B. NOR HASNI - 017-5136557.

Ahad, 2 Oktober 2011
Siakap Kolam Sri Tanjung
Akhirnya dapat juga siarkan gambar sahabat joran ini.Hampir setengah bulan gambar ini tersimpan dalam memori.Aksi Suhaimi Hawari selepas menewaskan beberapa ekor siakap di kolam Sri Tanjung.Memang berbaloi.Seandainya kolam tersebut berhampiran dengan tempat tinggal saya, pastinya saya juga berkunjung ke sana memandangkan hasil pancingan sungai sekarang ini terlalu sukar untuk diduga.Hari ini masuk minggu kedua saya dan Mat Trolak menyusuri laluan Tronoh Mines hinggalah ke Kuala Sungai Cenderiang dengan tujuan memburu jelawat.Hasilnya..KOSONG....Sekadar berinteraksi dengan alam sekitar sambil membakar sedikit lemak dalam badan.
Masak apa yang sedap?