Ahad, 29 Januari 2017

Tempahan Baju Memancing 2017



Terima kasih cikgu Izhar yang bertungkus lumus menguruskan tempahan baju memancing untuk sesi 2017.

Walaupun kita hanya mengambil tempahan dalam masa dua hari namun sambutan rakan-rakan sangat menggalakkan.

Tempahan telahpun ditutup. Rakan-rakan yang tidak berkesempatan, lain kali kita buat lagi.

Pre order baju pancingan.. Target untuk dapat lebih daripada 20 org sudah tercapai bagi mendapatkan harga borong rm55 sehelai.

Sila semak semula nama untuk ditulis pad abaju dan saiz rakan-rakan.

Terima kasih kerana menyempurnakan bayaran. Semoga urusan kita dipermudahkan.

info FB


1. Izhar (M)💷2. JURAGAN NIEZAM (XXXL) no 5 
3. Hasnusi ( ❌nama) (L)
4. musa (M)
5. Anuar (L)
6. Omaq(maqCaster)(XL)bju no1
7. BUDR (XL) no 5
8. omaq(maqCaster)(XL)bju no5
9. ROZAI (L) no 5
10. DauD (M) No 5
11. ODY (XL) no 5
12. FENDY (XL) no 5
13. BOYAKBAND (XL)
14. FUAT FPI (XL) no 2 dan 4
15. MatDuan (M)no 5
16. Ayeen (xs) no 5
17.sham...no 1...saiz L
18. PAWANG (XXL) L o 5
19. alan (m) no 3
20. Zaidi (XL)No 5
21. JMA - XL - No5
22. TOKZULL - XXXLno 5
23. SALLEH L no 5
24 HARUN. L no 5
25. DEE XXXL no5
26. Mail (L) no 5
27. MAT TAN (XXLno5
28.USTAZWARHEAD(XL)no 5
29.MANZIRCON (L)no5
30. Shahrul (Bidor) L no 5
31.ABDUL SALAM - M - no 4
32. FAISAL ((L) no 5
33. IBRAHIM DUSUN TUA (XXXL) - no 1 dan 5
34. HALIL (XXXL)no 5
35. TOKAN (XL) no 4
36 Dusuki (L)no 5
37. ISHAK (S) no 5
38. AFFENDI (XL) no 4
39. JIE (S) no 1
40. TIGER (xl) no 5
41. Pak Lah (XL) no 5
42.Man Bayan (XXXL)
43. IZAN (L) no 5
44. MUTZERS (L) no 5
45. AZAM (XL) no 5
46. USTKU(XXL) no 5
47. Din Kulaan (L) no 5
48. Muin uno (s) no 5

Isnin, 23 Januari 2017

Trip Jig Pulau Kendi dengan Paksu Nibung Tebal 22.1.2017

Seperti yang dirancang 22.1.2017 kami mengembara lagi meredah samudra. Kali ini kami memilih tekong sangkar, Pak Su Nibung Tebal yang baru berjinak-jinak dengan pancingan jig ini. 

Kami meredah perairan melalui pengkalan Sungai Udang, Nibung tebal, Untuk booking Paksu Nibung Tebal 019-463 2148

Memandangkan ini merupakan aktiviti kami yang pertama dan tempatpun agak asing, tiada sambutan daripada rakan-rakan lain. Mereka seakan tidak berani menjoran menggunakan umpan besi ini.

Kami merintis jalan bersama-sama antaranya tok pawang Hamdi Zakaria Anakrawa Balun dan Ishak Is.

Pembuka rezeki rakan Pj Ishak Is mendaratkan kurau seberat 2kg hanya dengan beberapa kali henjutan mata jig sahaja. Kami semakin teruja.

Hingga ke akhirnya, inilah rezeki kami..Alhamdulillah. Terima kasih tekong dan rakan-rakan.

Trip berikutnya pada 29.1 ke tuas selatan dengan tekong Idan Azmi.

Paparan juga tersedia di sini Face book










Ahad, 22 Januari 2017

Memancing Sembilang Kuala Gula dengan Hj Salam Rakanpuakajoran

Pada tarikh kami beraksi di Pulau Kendi, seorang lagi sahabat kami sedang melayan minat dan peminat sembilang Kuala Gula. 

Tuan Hj Abdul Salam Samsuri. Menyediakan juga perkhidmatan bot kecil untuk peminat sembilang. Untuk booking bolehlah berhubung dengan beliau di talian 017 445 2450.

Hasil pada hari tersebut, memuaskan.

Paparan dalam facebook Link










Sabtu, 21 Januari 2017

Trip Santai Bawah Jambatan Kuala Kurau 21.1.2017

Aktiviti memanaskan badan pada hari Sabtu sebelum aktiviti jigging hari Ahad. Santai-santai sahaja di kaki jambatan Kuala Kurau. 

Meriah juga tok pawang Hamdi Zakaria, Ishak Is dan Anakrawa Balun menarik siakap.Biarpun saiz tidak mega tetapi mengujakan.

Terima kasih cikgu Nuar dan Otai-otai Cina Kuala Kurau atas layanan baik kalian. 

Rezeki kami 10 siakap saiz S. Tak abis masak 3 rasa makan empat orang. Boleh bawa balik 2 eko seorang.

Pada tarikh ini juga satu trip lagi yang diselenggarakan oleh En. Sharul sedang berlangsung di Kuala Gula. Mutaakhirnya mereka menumpaskan 8 ekor merah, 2 jenahak dan 1 kerapu.

Alhamdulillah. Esok trip jigging di Pulau Kendi dengan Tekong Paksu Nibung Tebal melalui pengkalan Sungai Udang, Nibung Tebal,

Paparan juga boleh dilihat Di sini








Ahad, 8 Januari 2017

Trip Tergempar Tuas Payar dengan Pak Su SBO

Trip tergempar 7 januari dengan pak su sbo.Misi asal dengan Idan Azmi melalui Pengkalan Teluk Mas, Dapat panggilan saat akhir, bot meragam. Nasib baik Pak Su SBO free kerana pelanggan baru sahaja kensel.

Hujan sepanjang hari. Hampir tewas nasib baik ada penjoran OKU. Hasil tidak seberapa.Hanya 1 tenggiri dan ikan-ikan kecil.

Terima kasih semua: cikgu wahidan, cikgu Nusi dan cikgu Musa. Nex trip 22.1.2017 trip Jigging dengan Pak Su Nibung Tebal di Pulau Kendi.Stnby Hamdi Zakaria bro Ishak Is Fendy Evo dan Anakrawa Balun.









Ahad, 1 Januari 2017

Jelawat dan Baung Sempena Tahun Baharu 2017

Detik-detik berakhir tahun 2016, sempat juga kami bertiga berkunjung ke Tronoh. Cadang mahu berkhemah sambil menyambut tahun baharu.

Hujan dan kesibukan yang berterusan menyebabkan kami hanya mampu membuat persiapan ringkas sahaja.

Selamat tahun baharu 2017 Hamdi Zakaria dan Encik Rusdi tanpa Rozaimi Rozai dan rakan-rakan yang lain.

Tidak banyak hasil kali ini.