Jumaat, 30 April 2010
Trip Mikat TTF Sungkai 2010
1Mei sempena cuti Hari Pekerja. Group mikat tekukur dan merbuk berkampung di Fecra Changkat Sulaiman. Objektif utama untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli.Saya tiba terlalu lewat di lokasi dan terpaksa bergegas pulang, lantaran ahli TTF telahpun masuk ke laman untuk aktiviti memikat. Di pertengahan jalan terserempak dengan 2 orang pemikat dari Pulau Pinang.
Terlalu leka berbual sehinggakan saya terlupa bertanyakan nama rakan ini. Menurut sahabat ini, mereka tiba pada hari Jumaaat dan bermalam di Sungkai bersama 6 rakan lain.

Lokasi: Di hadapan bengkel Golokkraf. 2 ekor tekukur dan seekor merbuk dapat dijinakkan.Laporan selanjutnya tentang aktiviti TTF Sungkai 2010 akan menyusul.
Santai di Kolam Pancing Gedangsa Sempena PRK Ulu Selangor
Saya paparkan gambar rakan-rakan kita yang berkunjung ke kolam pancing Gedangsa semasa PRK Ulu Selangor yang berlangsung pada minggu lepas.
Juragan Nizam, hampir setiap petang ke lokasi.
Bersama Saudara Man, rakan lama yang aktif semula setelah sekian lama menyepi.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Kelihatan juga Apoi Renjer Kabloi dan abangnya Ajak (pemborong ikan haruan di Felda Besout). Sahabat juga ni...
Renjer Kabloi sedang memasang umpan.
Hasil pancingan Renjer Kabloi.
Umpan dedak yang diuli dengan tepung dan perasa vanila.
Tangkapan yang dapat didaratkan.
.jpg)
.jpg)
Sunber: Cepoi @ Cepoi
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Khamis, 29 April 2010
Lagi Gambar Kelabau Ulu Basir
Musim panas yang berpanjangan dan berakhir beberapa minggu lalu menyaksikan rakan-rakan joran di sini puas dengan aksi bertarung dengan kelabau.Salah seorang yang bernasib baik dan tidak terlepas peluang itu ialah suku sakat Ali Berger.(terlupa namanya).Beliau telah mendaratkan kelabau seberat 2 kg.
Bergambar kenangan.


Tengas Sungai Sungkai
Malam tadi tidak sempat ke sungai Sungkai untuk beraksi lantaran rakan pancing, Pak wahid tidak sihat. Tidak disangka pula terserempak dengan rakan seorang ini. Wan Acad, kebetulan dan sinonim dengan sungai Sungkai, Sang Tengas dan kelah. Beliau memberikan gambar tengas yang diperolehinya di sungai Sungkai pada minggu lalu.Boleh tahan jugalah besarnya. Menurut Wan, tengas tersebut seberat 1.2 kg.
Sahabat turut berposing.
Lokasi: 6B Sungkai.
Rabu, 28 April 2010
Berakhir Riwayat Kaloi Peliharaan
Setelah seminggu merajuk dan tidak mahu makan, akhirnya kaloi peliharaan Pak Su @ Cepoi berakhir usianya. Sedih juga Cepoi, mana tidaknya teman bermain di kala berseorangan tiada lagi. Menurut Cepoi, kaloi ini diperolehi semasa berziarah ke rumah warisnya di Tasik Cenderoh. Ketika itu ikan ini hanyalah sebesar 2 jari orang dewasa. Kaloi ini telah dipelihara hampir 4 tahun dan beratnya1 kg.
Selasa, 27 April 2010
Sepetang di Sungai Kurau
Gambar dikirimkan oleh Kudin beberapa hari yang lalu. Memancing bukanlah hobi utama beliau namun melihatkan aksi-aksi rakan di dalam blog Puakajoran menjadikan beliau teruja untuk menjoran. Lokasi beliau ialah di sungai Kurau. Suatu ketika dahulu sungai ini banyak di huni oleh Sang Arowana dan Sang Sepit Biru, kini telah berkurangan mungkin disebabkan perubahan ekologi atau seringkali diracun (tuba).





Jumaat, 23 April 2010
Kelah Sungai Sungkai
Ketika sedang santai di jambatan Sungai Belimbing, tiba -tiba muncul seorang rakan Lan wahid, baru pulang dari menjoran di sungai 6B. Seekor kelah hidup yang tidak begitu besar. Lan sudi berkongsi gambar untuk tatapan rakan-rakan. Menurut Lan beberapa hari sebelum itu beliau dapat mendaratkan seekor kelah seberat 1.6 kg di lokasi yang sama.

Rabu, 21 April 2010
Sekadar Santai
Keadaan air yang tidak menentu membuatkan hati rakan-rakan penjoran tidak keruan. Bagi mengekang rasa ketagih yang sukar dibendung Pak Su @ Cepoi dan Mat Proton bersantai sambil membasahkan mata pancing di alur Sungai Belimbing, sekitar sini.



Selasa, 20 April 2010
Trip Mikat TTF Sungkai 2010
Sesekali tersasar jua.Kerapkali melakukan aktiviti menjoran kadangkala memenat dan menjemukan lebih-lebih lagi ikan sudah tidak mahu menjamah umpan. Justeru kesempatan diambil bagi melakukan aktiviti lain.Begitulan halnya dengan dua orang rakan puaka ini Cepoi dan Pak Ya Burung. Mereka bersusah payah meredah jalan ladang dan terpaksa melintasi sungai demi melaksanakan hobi yang tidak kurang cabarannya iaitu memikat tekukur. Pada 1 Mei nanti akan diadakan acara memikat secara besar-besaran melibatkan rakan-rakan pemikat seluruh Malaysia. Lokasi memikat akan diadakan di sekitar mukim jajahan Sungkai.Perasmian akan dilangsungkan di Dewan Serbaguana Felcra Cangkat Sulaiman, Sungkai.

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
o.jpg)
Sumber: Cepoi

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
o
.jpg)
.jpg)
Jumaat, 16 April 2010
Memancing di Tasik Beku
Fw: [Email Menarik] Memancing di tasik beku Rusia.
From: | |
Sent: | Friday, 9 Apr, 2010 9: 25 PM |
Untuk menyertai mailing list ini sila hantar email kosong ke:
02-email-menarik-subscribe@yahoogroups.com
Jika ingin keluar (opt-out) daripada mailing list ini sila hantar email kosong ke: 02-email-menarik-unsubscribe@yahoogroups.com
.