Dua minggu kebelakangan ini aktiviti menjoran agak terbentur dan terhad.Ini disebabkan bebrapa faktor, antaranya kesibukan tugas rutin dan juga meluangkan masa memenuhi undangan majlis perkahwinan. Ahad yang baru berlalu, ke Kampung Balun memenuhi undangan Juragan Nizam Balun bagi memeriahkan majlis perkahwinan adik perempuan beliau. Sabtu minggu sebelumnya ke majlis perkahwinan adik ipar Pak Su @ Cepoi. Tiap-tiap minggu pastinya ada jemputan kenduri kahwin. Pun begitu ,masa yang senggang tidak boleh dibiarkan berlalu. Perlu digunakan sebaik-baiknya, biarpun hanya berkunjung ke sungai dan mencelupkan mata pancing sekitar beberapa minit untuk menghilangkan ketagih.
Jalan Sri Keledang dari Slim River menuju ke Pot Kelabau, Lombong Pecah, SKC.
Tidak sempat sampai ke Pot Kelabau kerana hujan mulai turun, lantas "park" di sini.
Hujan mulai turun, sesekali menjadi lebat.
Aktiviti saya tergugat lantaran diganggu oleh dua orang "pemukat" yang sedang menghanyutkan pukat@jaring di dalam sungai. Mahu tidak mahu saya terpaksa berangkat pulang hanya dengan seekor terbul kecil ini. Tanbahan koleksi akuarium saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan