Ahad 24 Oktober misi memburu kelabau. Seperti kebiasaan, turun berpasangan dengan Juragan Nizam. Pak Su @ Cepoi pula dalam misi "menyelam" di sungai Cenderiang bersama komplotnya.Tiada langsung dalam fikiran untuk memburu sepit biru. Joran yang dibawapun hanya untuk keperluan menjinakkan kelabau semata-mata.Lebih kurang 5 minit umpan dilontar, kelabau mula membuat getuan umpan namun kelabau agak licik pada hari ini, tidak mahu tertusuk mata pancing. Lebih kurang setengah jam di tuas ini Juragan Nizam berjaya mendaratkan seekor kelabau seberat 900g.
Kami seterusnya bergegas menuju pot kelabau 2 lantaran air yang mula mengeruh disebabkan hujan lebat di Tanjung Malim pada hari sebelumnya. Agak sukar menjoran kelabau jika air keruh atau dalam. Kelabau galak menjamah umpan jika air jernih kemerah-merahan. Arus pasang surut juga memainkan peranan untuk menjoran kelabau.
Menanti sentapan kelabau.
Satu-satunya "jenggo" yang berjaya didaratkan.
Ustaz Sobri dan Pak Anjang juga turut menjoran pada hari itu.
Seorang nelayan kecil sedang mengemaskan "belat"
Tuas kelabau 2.
Kelabau yang saya daratkan.
Tuas kelabau. 3 ekor didaratkan disini. 3 lagi berjaya meloloskan diri setelah berlalu adengan tarik menarik.
Tiga ekor kelabau bersaiz mega telah didaratkan Juragan Nizam pada hari itu.
Kelabau seberat 900g, 1 kg dan 1.2 kg cukup untuk 3 kali hidangan tengah hari keluarga Juragan Nizam.
Paparan seterusnya, rakaman (video) aksi atau permainan dengan kelabauUlu Basir oleh Juragan Nizam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan