Misi pada asalnya akan disertai oleh Juragan Nizam Balun tetapi membatalkan hajat disaat-saat akhir. Mungkin ada projek yang lebih baik. Sangkaan kami air sungai pastinya dalam lantaran hujan yang turun berpanjangan semalam.Jangkaan kami meleset, air amat tohor.Harapan untuk menjinakkan jelawat hanya tinggal 50%. Mat Trolak bergerak ke bawah sedikit, manakala saya tetap di tempat mendaratkan jelawat 820g pada minggu lepas. Dalam masa yang sama beberapa orang penjoran yang tiba awal mula meninggalkan lokasi lantaran tiada hasil. Mereka nampaknya menggunakan usus ayam sebagai umpan.
Dua jam berlalu tiada apa-apa yang menarik perhatian. Riak jelawatpun tidak kelihatan bermain arus. Mat Trolak leka melayan terbul di lubuk kegemarannya. Saya mengambil kesempatan merayau sepanjang sungai mengintai riak jelawat. Joran saya tinggalkan tegak di empat lokasi berlainan.
Beraksi dengan jelawat pertama.
Mat Trolak juga beraksi kenangan.
Lubuk yang menghasilkan 4 ekor jelawat kepada saya dalam tempoh 2 minggu.
Shimano Ultegra, joran "luck" (diperolehi daripada Bro Br - Blues Riders ) mendaratkan 4 ekor jelawat dalam masa 2 minggu.
Beberapa ketika selepas itu saya mendaratkan seekor lampam dan seekor jelawat seberat 200g di lubuk ini juga.
Aksi sebelum pulang.
Jelawat ketiga seberat 700 g.
Mesin yang bertukar tangan dengan Pak Su@ Cepoi sedikit masa lalu. Ada "ong" juga.
Lubuk jelawat ketiga.
Jelawat keempat seberat 400g ditewaskan juga di lubuk pertama.
Mat Trolak dengan terbul dan lampam yang berjaya dipancing.
Lubuk kegemaran Mat Trolak.
Kerbau yang agak garang (beranak kecil) menghalang sedikit pergerakan saya. Terpaksa menggunakan "bom" untuk menghalaunya.
Jelawat-jelawat yang termakan umpan sawit racik hidangan saya.
Jelawat seberat 700 g mungkin menjadi hidangan Mat Trolak sekeluarga pada hari ini. Selebihnya untuk keluarga saya dan keluarga Tn. Hj. Roslan Lee yang "booking" sejak sekian lama. Ada rezeki mereka pada kali ini.
Dapat jugalah berat keseluruhan 4 ekor jelawat melebihi 3kg, walaupun misi awal seekor jelawat seberat 3kg gagal. Mungkin hari ini hari saya, akan datang mungkin rezeki penjoran lain pula.
Hari ini saya tidak kemana-mana lantaran mengalami sedikit demam dan sakit tekak, mungkin mengalami sedikit rehidrasi. Misi seterusnya selepas Aidil Adha. Selamat menyambut Aidil Adha kepada semua pengunjung blog. Semoga kita kekal dengan melaksanakan amalan yang baik dan melakukan pengorbanan untuk agama bangsa dan negara.
Sedap jelwat tu kalau buat gulai tempoyak... Rezeki ALLAH ada di mana2 cuma perlu rajin dan sabar jer....
BalasPadambom?
BalasPadamfuyoo..ingat time kecik2 dulu pancing ikan puyu dengan haruan je depan rumah....hahaha
BalasPadam