Kekecewaan trip Pulau Sembilan sebulan yang lalu tidak bertahan lama.Pada 25 Julai 2015, kira-kira seminggu selepas Aidil Fitri kami meredah samudra lagi.
Dibarisi penjoran tegar, saya, cikgu Nizam,cikgu Rozidi, cikgu Izhar dan Sdr Ody, kami mencuba nasib di Peraiaran Pulau Bidan, Kedah.
Pertama kali menggunakan khidmat tekong Bang Din Teluk Nipah. Ketika tiba di pangkalan, kami disapa ramah.
Kebiasaannya, di lokasi lain kami tiba lebih awal daripada tekong tetapi kali ini tidak. Tekong telah sedia menanti.Tekong tidak menjanjikan apa-apa, cuma katanya "kalau ada rezeki adalah"
Jeti nelayan yang permai.Tidak banyak bot berlabuh di sini. Kedudukannya bertentangan dengan pangkalan nelayan Tanjung Dawai.
Pembantu tekong untuk trip ini Saudara Lan. Kami memulakan pengembaraan lebih kurang pada pukul 5.00 petang.
Hasrat kami hanyalah untuk menjinakkan ikan-ikan karang seperti anak-anak jenahak (tetanda) dan kerapu.
Sebelum tiba di lokasi menjoran,kami menangkap sotong untuk dijadikan umpan, kami memanaskan badan dengan mengail ikan-ikan kecil menggunakan umpan udang, namun ikan-ikan kecil seperti "sombong".
Tidak mahu menjamah umpan udang hidup. Situasi begitu turut mengiringi malam hinggalah bulan yang menerangi malam kian pudar.
Sotong pula amat sukar timbul.Mungkin faktor cahaya bulan..Kami menjadi gusar.Mujurlah ada juga anak-anak ikan gelama dan tetuka yang sesekali bergayut pada mata kail menghilangkan bosan kami.
Hampir ke pukul 11.00 malam.Sotong yang ditangkap tidak lebih sepuluh ekor. Kami tidak boleh menunggu terlalu lama. Tekong mengarahkan bot ke lokasi. Waktu itu bulan sudahpun menghilangkan diri.
Baru sahaja kami melabuhkan sauh dan umpan, tiba-tiba kami dihampiri oleh sebuah bot pancing lain. Tekong bot tersebut meminta untuk tumpang berpaut bada bot kami.Sauh mereka terputus. Mahu pulang ke pangkalan mungkin agak jauh lantas bot kami menjadi tempat berpaut.
Tekong Din menjadi gusar.Kamipun demikian.Mahu ditolak permintaan mereka serba salah. Kami akur. Kedudukan bot tidak menentu.Satu sauh dua bot.Lorong ikanpun entah ke mana.Tidak seberapa ikan yang kami mampu tangkap.
Pembantu tekong tidak jemu-jemu memujuk sotong supaya timbul di permukaan air. Dalam pada itu, tekong dan pembantu tekong tidak lupa turut melabuhkan pancing masing-masing.
Tekong mengambil keputusan untuk berpindah.Bot yang menumpang tadi mahu tidak mahu terpaksa pulang ke pangkalan mendapatkan sauh baharu.Ketika itu jam sudah melewati waktu dinihari.
Ketika kami leka melayan getusan Sang Jenahak di lokasi berikutnya, tiba-tiba kami di hampiri bot pemancing yang tadi.Sauh terputus lagi.Kali kedua. Malangnya nasib mereka.Kamipun menumpang malang.
Jenahak yang tadinya agak galak meragut umpan menjadi sepi. Kami terus bertahan demi memberi laluan kepada bot yang terputus sauh tadi.Tekong letih, kami turut letih.Letih dengan karenah yang tidak dijangka itu.
Kami tidak boleh bertahan terlalu lama. Pukul 5.00 pagi kami mula bergerak ke tukun yang terletak dalam perairan Pulau Pinang. Kami terpaksa meninggalkan bot yang tumpang berpaut tadi. Biarkan mereka berusaha sendiri. Kami tida di lokasi kira-kira 40 minit kemudian. Di situ rupanya rezeki kami. Jenahak mula menyerang bertalu-talu hinggalah hari merangkak siang.
Siangnya, umpan sotong sudah tidak releven. kami menukar umpan udang. Mulanya tidak dilayan.
Tekong mengubah kedudukan bot.Betul-betul di atas tukun.Kami perlu bertindak pantas, jika tidak ikan-ikan yang makan kail akan menyusup ke dalam tukun. Satu demi satu anak-anak jenahak dan kerapu kami daratkan.
Perjuangan kami hampir ternoktah kira-kira pukul 11.00 pagi.Umpan hanya tinggal beberapa ekor.Tidak mengapa, lagipun kami sudah cukup penat.Tekong dan pembantu tekong lagilah penat, penat menghela bot,penat menangkap umpan dan penat menurun naikkan sauh.
Pada masa yang sama, cikgu Nizam mencuba menggunakan Apollo. Ada juga cencaru yang sangkut. Saudara Ody pula tiada pilihan. Hanya tinggal seekor udang umpan yang agak besar.
Perjuangan diteruskan hingga ke umpan yang terakhir dan hasilnya, kerapu harimau seberat 5kg. Kami menyangkanya Sang Kertang.
Saya dan cikgu Rozidi tumpang beraksi dengan ikan terbesar tangkapan Saudara Ody pada hari itu.
Kami puas, meskipun tiada tangkapan mega tetapi kami puas hati dengan khidmat tekong dan pembantunya. Tiada istilah rehat bagi mereka dan saya amat senang hati tatkala melihat mereka melakukan "kefardhuan seorang muslim" ketika berada di atas bot. Aksi yang jarang-jarang dapat dilakukan oleh tekong lain. Tekong begini amat kami senangi.Tiada rasa terbuku di hati.
Pangkalan nelayan ini juga dilengkapi dengan "home stay" . Kepada sesiapa yang berminat untuk mengadakan hari keluarga atau mencari ketenangan eloklah mencuba suasana damai di sini.Bayaran untuk menginap di sini hanyalah sekitar RM 200 ke bawah pada waktu artikal ini ditulis.
Kepada penjoran yang ingin mencuba menduga lokasi ini bolehlah berhubung dengaTekong yang mesra dipanggil Bang Din Teluk Nipah. Bang Din boleh dihubungi di talian 019 4323703. Harga yang ditawarkan untuk perkhidmatannya amat berpatutan. - Tokanpuakajoran. Hak Cipta Terpelihara.
* Trip berikutnya pada 20.9.2015.InsyaAllah.
wah.. besarnya ikan..
BalasPadamEntry terkini
1. "Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan"
2. "Lantai Cilik Musim Ke-3"