Khabarnya di sebalik kisah buaya jinak Si Putih dan angkatannya yang mendiami sungai Kurau @ sungai Gedong di Kerian tidak sedikitpun menggusarkan pemancing tegar di situ.
Mereka sudah sebati dengan haiwan tersebut. Tidak pernah mengganggu atau terganggu walaupun sesekali mencuri umpan Si Pengail yang menggunakan umpan keli untuk menjinakkan Sang Toman.
Saya paparkan aksi seorang pekerja Ladang Sime Darby Sungai Gedong yang berjaya menewaskan Sang Patin seberat 46 kg beberapa minggu lalu.
Diikuti seekor lagsi Sang Patin seberat 26 kg tiga hari berikutnya. Kedua-dua patin tersebut tewas setelah terpesona dengan umpan sawit yang dilabuhkan.
Teruja dengan penemuan patin mega ini mendorong rakan kita saudara Halilpuakajoran untuk mencuba nasib namun kehadirannya seperti biasa disapa oleh Si Putih. Saya tidak muatkan videonya di sini kerana dalam posting saya yang terdahulu telah saya muatkan aksi-aksi Si Putih.
Seperti kebiasaan hanya makhluk ini yang sudi menjamah umpan Rpj Halilpuakajoran.
Sekali lagi toman pada hari yang berikutnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan