Biar semua kena, semua rasa. Begitulah niat kami rakan-rakan Pj. Jika boleh semua tekong kami nak rasa.
Sebagai terip penutup kami memilih tekong Paid melalui pengkalan Chalet Terapung Teluk Bayu pula. Tidak jauh dari Pantai Merdeka.
Ombak agak ganas pada kali ini. Tekong muda ini begitu agresif membelah ombak sehinggakan dua batang joran rakan baharu kami rosak akibat dihempap tong ikan yang melambung angkara ombak yang mengganas.
Alhamdulillah, mahu juga dua ekor tenggiri memamah umpan kami.6 mamahan lain kecundang. Sang tenggiri berjaya meloloskan diri.
Tertutuplah sudah trip pada tahun ini. Terima kasih rakan-rakan Puakajoran dan tekong tuas Teluk Bayu.
Mesin masuk kotak.Jumpa lagi pada tahun hadapan. 8 Januari 2017 InsyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan