Sungai Gedong, sebuah pekan kecil yang terletak
kira-kira 7 km dari Bagan Serai, Perak, jika anda melalui jalan Persekutuan dari
Ipoh ke Butterworth.
Berhampiran pekan kecil ini terdapat sebatang sungai yang
mengalir dari Bukit Merah hingga ke Kuala Kurau. Sungai ini dikenali dengan
nama Sungai Kurau.
Dalam kalangan masyarakat tempatan mereka lebih senang
menyebut sungai ini dengan panggilan Sungai Gedong, mungkin sinonim dengan pekan kecil "Sungai Gedong" yang
terletak berhampiran sungai tersebut.
Generasi muda hari ini mungkin tidak ramai yang mengetahui mitos seperti yang
diceritakan secara turun temurun oleh penduduk setempat dan bagaimana pekan kecil Sungai
Gedong ini mendapat nama.
MITOS BUAYA PUTIH
Seperti yang diceritakan oleh Allahyarham Encik Mat Hussin bin Bab (meninggal pada tahun 2012 ketika berumur lebih 80 tahun), kononnya pada zaman
British dahulu terdapat seekor buaya putih yang panjangnya sama keluasan lebar sungai tersebut. Ketika buaya tersebut timbul ekornya mencecah tebing
sebelah sana sungai manakala kepalanya di tebing sebelah sini berhampiran pekan
Sungai Gedong.
Buaya putih ini dikatakan keramat, penunggu atau penjaga
sungai. Ada juga yang mendakwa buaya ini buaya jadian.
Menjadi amalan khurafat sebahagian penduduk, memohon penawar jika
terkena sakit dan demam.
Buaya tersebut diberi nama Tok Gedong yang bermaksud "sangat besar". Sehingga artikal ini ditulis,masih ada kedengaran cerita-cerita yang mengatakan terdapat sebahagian keluarga yang mendakwa keturunan atau mempunyai pertalian drngan "buaya putih" ini sesekali berziarah dan melakukan ritual memberi bertih kepada buaya. Bertih ialah sejenis makanan yang dihasilkan daripada padi pulut yang digoreng digunakan utuk acara ritual atau puja semangat.
Dari
nama Tok Gedonglah diambil nama sempena dan ujudlah Pekan Sungai Gedong hingga sekarang.
BUAYA SG GEDONG
Sejak kanak-kanak hinggalah ke usia remaja, saya sering ke
sungai tersebut untuk aktiviti menjoran ikan dan udang dengan Allahyarham bapa
dan juga rakan-rakan sebaya.
Sehingga usia saya mencecah 40 tahun tidak pernah sekalipun saya
lihat kelibat buaya di sungai ini walaupun dari cerita penduduk setempat
dan orang tua-tua sungai ini menjadi habitat semulajadi Sang Bedal.
Akan tetapi, cerita-cerita tersebut mula menjadi kenyataan
bermula pada taahun 2010. Buaya kerap timbul dan dapat dilihat di merata kuala
kecil yang bersambung dengan sungai induk ( Sungai Kurau). Saya sendiri kerap
terserempak apabila menjoran dengan rakan-rakan.
Pernah di suatu kuala sungai yang agak jauh ke dalam (Kunci air 18, Estate Sime Darby) tiga ekor
buaya timbul secara serentak. Kami beranggapan setiap kuala kecil dihuni sekurang-kurangnya
seekor buaya apabila melihat akan saiz yang berlainan apabila menampakkan diri ketika
kami sedang beraktiviti
Seingat saya dalam tempoh tersebut terdapat sebilangan buaya
telah ditangkap oleh pihak PERHILITAN kerana terlalu jinak dan menimbulkan rasa
bimbang dalam kalangan penduduk.
Begitu juga dengan sebilangan buaya lain telah
ditangkap secara tidak sengaja (termakan rawai) atau dibunuh secara rahsia oleh penduduk setempat yang juga bimbang
akan keselamatan diri dan keluarga mereka.
Apapun, bagi kami penjoran sudah mangli dengan kehadiran reptilia
ini dan amat mengujakan apabila buaya-buaya ini timbul dan menunjukkan diri. Buaya-buaya ini sangat jinak dan dapat dilihat
dari jarak yang agak dekat.
Sesekali buaya-buaya ini juga membaham umpan pancing
kami.Kebiasaannya kami gunakan umpan ikan keli hidup untuk memancing ikan toman. Apabila umpan dibaham maka terjadilah adengan tarik
menarik yang pastinya kami yang kecundang. Ada antara joran kami yang patah
gara-gara Sang Bedal.
Kami amat berbangga dengan situasi begini kerana sungai kami masih dihuni oleh reptilia
Sang Bedal dan amat sinonim dengan Si Sisik Emas @ Golden Arowana bermutu tinggi.
Moga-moga anugerah
ini terus terpelihara sebagai khazanah setempat dan juga untuk tatapan generasi
akan datang. – Catatan Tokanpuakajoran@cikgu
Badr.
kat mana boleh mancing tu? atas titi tu ka? sbb kampung bini kat sana... ingat nak try jugak lah kalau port sana menarik...
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSaya waris Buaya Putih Sungai Gedong. Nama buaya tersebut Tok Awang. Asal kejadian buaya putih ni disebabkan isteri tok awang dimakan buaya sungai tu dan tok awang dh bersumpah utk jadi buaya putih. Ini cerita asal dri keturunan saya. Buaya Putih itu adalah moyang saya.
BalasPadam