Jumaat, 18 Disember 2009
Hujan Rahmat di Tahun Baru
Sejak awal pagi hujan mulai turun. Berhenti sekejap sekitar waktu solat Jumaat tadi. Setelah selesai solat sambung semula.Sehingga sekarang jam menunjukkan pukul 6.00 petang. Tidak ada tanda-tanda hujan akan berhenti bahkan semakin lebat.Saya menjangkakan keadaan ini akan berterusan hingga ke lewat malam atau pagi esok. Langit terus kelabu. Dari maklumat yang saya terima keadaan ini bukan sahaja di daerah sini bahkan hingga ke utara negeri Perak.Kata orang tua-tua jika hujan turun pada hari Jumaat, sukar untuk sidang. Sesekali saya rasa ada kebetulannya. Sebenarnya saya tidak hendak berbicara mengenai hujan tetapi jika tidak salah hujan itu rezeki. "Dan kami turunkan daripada langit itu air, dan daripada air itu kami keluarkan makanan yang menjadi rezeki bagi kamu". Maksud ayat al Quran dari surah apa saya tidak berapa ingat. Dalam fikiran saya terbayang "Pot Puaka Jelawat" yang saya kunjungi semalam. Alangkah besarnya hati jika dapat ke sana esok. Pastinya jelawat akan berpusu-pusu menongkah arus untuk melepaskan telur. Itulah masalah... diam salah, tak diam salah.... minggu ini dah terlalu kerap saya keluar menjoran. Keluar pagi pulang malam. Risau juga muka orang rumah masam mencuka memandangkan persiapan persekolahan anak-anak belum disediakan. Lusa pula, sepupu kahwin. Minggu depan kenduri kahwin sepupu lagi dan terpaksa berkampung di kampung.... Aduh.... hatipun susah.... teringatkan pot jelawat itu..... Aduhai rakan blog, tolonglah aku, bagaimana untuk melepaskan diri ke "Pot Puaka Jelawat" itu esok.....
Arkib Layan Tenggiri Yan - Tokanpuakajoran
Arkib Layan Layaran Tuas Yan - Cikgu Lah Puakajoran
Arkib - Layan Rohu Sungkai
Arkib Layan Kelabau 4 - Juragan Nizam
Arkib Layan Kelabau - Tokanpuakajoran
Arkib Layan Kelabau 2 - Juragan Nizam
Arkib Layan Kelabau 1 - Juragan Nizam
Arkib Layan Toman Bukit Merah - Juragan Nizam
SEKADAR RENUNGAN
Arkib Blog
-
▼
2009
(128)
-
▼
Disember
(20)
- Jelawat Terakhir 2009 Selamat Datang 2010
- Puaka Jelawat Belum Berakhir....
- Ikan Kepar Asal Usul Nama Kampung Kami
- Sekitar Majlis Resepsi Perkahwinan Saidi dan Norlia
- Penjoran Veteran
- Kenangan Mengusik Jiwa
- Pekasam Kelah Tasik Kenyir
- Selamat Pengantin Baru Saidi dan Norlia
- Hujan Rahmat di Tahun Baru
- Jelawat Penutup Tahun Hijrah 1430
- Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun Hijrah
- Puaka Jelawat Menggamit Lagi
- Gerakan Solo Kali Kesepuluh Membuahkan Hasil
- Tuas Kelabau Kampung Alah Batu
- Sepagi di Sungai Slim
- Lubuk Haruan Pak Ya Burung
- Geng Kampung Menderang, Sungkai Menawan Kelah Mera...
- Made in Kenyir, Terengganu
- Menjaring Puyu
- Rezeki Segera
-
▼
Disember
(20)
Peringatan Kepada Yang Lupa
Rakan-rakan joran sekalian, di manapun kita menjoran dan dalam situasi bagaimana sekalipun, amalan solat jangan diabaikan. Usahakan seboleh-bolehnya untuk menunaikannya. walau dalam keadaan dan keupayaan yang terbatas. Solat itu fardhu. Justeru itu menjadi kewajipan bagi setiap penjoran bersedia dengan bekalan untuk Solat sebagaimana usaha kita menyediakan bekalan makan dan minum ketika melakukan aktiviti ini. Ingat kaedah usul fikh “ tidak sempurna wajib melainkan dengannya wajib”.
Sebagai contoh wajib bagi kita menyediakan baldi jika dengan baldi itu dapat mengangkat air untuk berwuduk. Tidak perlu beria-ia dengan kain pelikat atau songkok yang pelbagai, memadailah dengan pakaian yang menutup aurat dan pakaian yang kita yakini bersih. Islam menggalakkan umatnya sentiasa berada dalam keadaan bersih sepanjang masa. Alas untuk solat tidak semestinya dari sejadah baldu tetapi memadailah lapikan daun pisang, kertas surat khabar atau pelepah sawit dan daun pakis. Jika kesukaran mendapatkan air kerana tebing yang tinggi atau dibimbangi menjadi mangsa buaya, gunakan kemahiran untuk mendapatkan air dengan menggunakan tali pancing dan bekas plastik.
Jika pakaian terkena najis wajib dibasuh sekiranya jelas terlihat najis atau kesannya pada pakaian kita. Jika tidak, pakaian kita tetap bersih sebagaimana kita mula memakainya dan bolehlah menunaikan solat dengan pakaian itu. Tidak menjadi kesalahan memakai pakaian basah sewaktu bersolat jesteru jika terdesak turun sahaja ke dalam sungai dan dan segeralah naik untuk menunaikan solat. Ingat! Air yang keruh dan lumpur (selut) juga boleh dibuat bersuci dan berwuduk.
Carilah tempat tinggi dan pastikan bebas dari najis untuk menunaikan solat. Jangan solat di tempat berlurah kerana dibimbangi najis tertakung di situ. Gunakan kepakaran untuk mencari arah matahari terbenam bagi menunjukkan arah kiblat. Boleh juga menggunakan kaedah melihat bintang untuk mencari arah kiblat jika menjoran pada waktu malam. Arus air sungai juga boleh dijadikan pedoman, kebiasaannya arus sungai semulajadi mengalir ke arah matahari terbenam. Gunakanlah kaedah apapun asalkan kita yakin.
Jika berada di atas sampan,usahakan untuk naik ke tebing. Jika menghadapi kesukaran seperti banjir atau bahaya binatang buas, boleh bersolat di atas sampan dengan cara berdiri atau duduk sekiranya sampan tidak dapat diimbang dengan baik. Gunakan objek seperti beg atau pendayung untuk alas sujud. Ingatlah Islam tidak terletak pada nama, tetapi dapat dilihat pada amalannya.Selamat menjoran dan teruskan menjoran tanpa meninggalkan solat-Tokanpuakajoran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan