Khamis, 24 Disember 2009
Kenangan Mengusik Jiwa
Merentasi sawah yang saya beli beberapa tahun lalu
Di tali air inilah lokasi menjoran kami
Boleh berkenderaan untuk ke lokasi dan kelihatan anak-anak Abu Afaf turut bersama.
Abu Afaf sedang beraksi
Hasil pancingan Abu Afaf.
Berlatarkan Gunung Semanggol.Persis gaya Tok Guru Hj. Hadi.
Gaya bloger Islampenyelesaian.blogspot.com
Mengambil kesempatan beraksi.
Anak-anak padi yang berusia sebulan.
Pemandangan sewaktu matahari hampir tenggelam.Sungai yang terletak bersebelahan tempat kami mengail puyu. Satu ketika dulu sungai ini dipenuhi pohon rumbia,jejawi,hutan gegeli, mengkuang dan dilitupi keladi bunting serta bergambut.
Sungai ini juga dahulunya dihuni haruan,keli,sepat dan puyu. Kini sudah berkurangan dan saiznya tidak seberapa.
Kudin sedang beraksi dengan seekor puyu
Beberapa ekor puyu dan lundu yang berjaya dipancing. Sepat pula ditangkap menggunakan jaring.Kami hanya sempat di lokasi kira-kira 40 minit sebelum senja berlabuh. Sekadar mengimbau kenangan silam besama lubuk yang menjadi lokasi sara hidup kami sekeluarga, suatu ketika dulu.
Rasanya ingin ke sini lagi sebelum kami berangkat pulang ke tempat kerja masing-masing pada hari Ahad nanti.
Arkib Layan Tenggiri Yan - Tokanpuakajoran
Arkib Layan Layaran Tuas Yan - Cikgu Lah Puakajoran
Arkib - Layan Rohu Sungkai
Arkib Layan Kelabau 4 - Juragan Nizam
Arkib Layan Kelabau - Tokanpuakajoran
Arkib Layan Kelabau 2 - Juragan Nizam
Arkib Layan Kelabau 1 - Juragan Nizam
Arkib Layan Toman Bukit Merah - Juragan Nizam
SEKADAR RENUNGAN
Arkib Blog
-
▼
2009
(128)
-
▼
Disember
(20)
- Jelawat Terakhir 2009 Selamat Datang 2010
- Puaka Jelawat Belum Berakhir....
- Ikan Kepar Asal Usul Nama Kampung Kami
- Sekitar Majlis Resepsi Perkahwinan Saidi dan Norlia
- Penjoran Veteran
- Kenangan Mengusik Jiwa
- Pekasam Kelah Tasik Kenyir
- Selamat Pengantin Baru Saidi dan Norlia
- Hujan Rahmat di Tahun Baru
- Jelawat Penutup Tahun Hijrah 1430
- Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun Hijrah
- Puaka Jelawat Menggamit Lagi
- Gerakan Solo Kali Kesepuluh Membuahkan Hasil
- Tuas Kelabau Kampung Alah Batu
- Sepagi di Sungai Slim
- Lubuk Haruan Pak Ya Burung
- Geng Kampung Menderang, Sungkai Menawan Kelah Mera...
- Made in Kenyir, Terengganu
- Menjaring Puyu
- Rezeki Segera
-
▼
Disember
(20)
Peringatan Kepada Yang Lupa
Rakan-rakan joran sekalian, di manapun kita menjoran dan dalam situasi bagaimana sekalipun, amalan solat jangan diabaikan. Usahakan seboleh-bolehnya untuk menunaikannya. walau dalam keadaan dan keupayaan yang terbatas. Solat itu fardhu. Justeru itu menjadi kewajipan bagi setiap penjoran bersedia dengan bekalan untuk Solat sebagaimana usaha kita menyediakan bekalan makan dan minum ketika melakukan aktiviti ini. Ingat kaedah usul fikh “ tidak sempurna wajib melainkan dengannya wajib”.
Sebagai contoh wajib bagi kita menyediakan baldi jika dengan baldi itu dapat mengangkat air untuk berwuduk. Tidak perlu beria-ia dengan kain pelikat atau songkok yang pelbagai, memadailah dengan pakaian yang menutup aurat dan pakaian yang kita yakini bersih. Islam menggalakkan umatnya sentiasa berada dalam keadaan bersih sepanjang masa. Alas untuk solat tidak semestinya dari sejadah baldu tetapi memadailah lapikan daun pisang, kertas surat khabar atau pelepah sawit dan daun pakis. Jika kesukaran mendapatkan air kerana tebing yang tinggi atau dibimbangi menjadi mangsa buaya, gunakan kemahiran untuk mendapatkan air dengan menggunakan tali pancing dan bekas plastik.
Jika pakaian terkena najis wajib dibasuh sekiranya jelas terlihat najis atau kesannya pada pakaian kita. Jika tidak, pakaian kita tetap bersih sebagaimana kita mula memakainya dan bolehlah menunaikan solat dengan pakaian itu. Tidak menjadi kesalahan memakai pakaian basah sewaktu bersolat jesteru jika terdesak turun sahaja ke dalam sungai dan dan segeralah naik untuk menunaikan solat. Ingat! Air yang keruh dan lumpur (selut) juga boleh dibuat bersuci dan berwuduk.
Carilah tempat tinggi dan pastikan bebas dari najis untuk menunaikan solat. Jangan solat di tempat berlurah kerana dibimbangi najis tertakung di situ. Gunakan kepakaran untuk mencari arah matahari terbenam bagi menunjukkan arah kiblat. Boleh juga menggunakan kaedah melihat bintang untuk mencari arah kiblat jika menjoran pada waktu malam. Arus air sungai juga boleh dijadikan pedoman, kebiasaannya arus sungai semulajadi mengalir ke arah matahari terbenam. Gunakanlah kaedah apapun asalkan kita yakin.
Jika berada di atas sampan,usahakan untuk naik ke tebing. Jika menghadapi kesukaran seperti banjir atau bahaya binatang buas, boleh bersolat di atas sampan dengan cara berdiri atau duduk sekiranya sampan tidak dapat diimbang dengan baik. Gunakan objek seperti beg atau pendayung untuk alas sujud. Ingatlah Islam tidak terletak pada nama, tetapi dapat dilihat pada amalannya.Selamat menjoran dan teruskan menjoran tanpa meninggalkan solat-Tokanpuakajoran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan