Jumaat, 30 April 2010
Santai di Kolam Pancing Gedangsa Sempena PRK Ulu Selangor
Juragan Nizam, hampir setiap petang ke lokasi.
Bersama Saudara Man, rakan lama yang aktif semula setelah sekian lama menyepi.
Kelihatan juga Apoi Renjer Kabloi dan abangnya Ajak (pemborong ikan haruan di Felda Besout). Sahabat juga ni...
Renjer Kabloi sedang memasang umpan.
Hasil pancingan Renjer Kabloi.
Umpan dedak yang diuli dengan tepung dan perasa vanila.
Tangkapan yang dapat didaratkan.
Sunber: Cepoi @ Cepoi
Arkib Layan Tenggiri Yan - Tokanpuakajoran
Arkib Layan Layaran Tuas Yan - Cikgu Lah Puakajoran
Arkib - Layan Rohu Sungkai
Arkib Layan Kelabau 4 - Juragan Nizam
Arkib Layan Kelabau - Tokanpuakajoran
Arkib Layan Kelabau 2 - Juragan Nizam
Arkib Layan Kelabau 1 - Juragan Nizam
Arkib Layan Toman Bukit Merah - Juragan Nizam
SEKADAR RENUNGAN
Arkib Blog
-
▼
2010
(337)
-
▼
April
(24)
- Trip Mikat TTF Sungkai 2010
- Santai di Kolam Pancing Gedangsa Sempena PRK Ulu S...
- Lagi Gambar Kelabau Ulu Basir
- Tengas Sungai Sungkai
- Berakhir Riwayat Kaloi Peliharaan
- Sepetang di Sungai Kurau
- Kelah Sungai Sungkai
- Sekadar Santai
- Trip Mikat TTF Sungkai 2010
- Memancing di Tasik Beku
- Trio Puaka Buat Kejutan Lagi
- Sepanjang Malam Bersengkang Mata
- Apoi Rakanpuaka Sudah Punyai Blog Sendiri
- Nostalgia Tok Pawang
- Perbezaan Ikan Keli Memakan Bahan Haram dan Halal
- Pewaris Tok Pawang
- Sekitar Kunjungan Ke Tuas Yan
- Selamat Datang Rakan Baharu Selamat Bertukar Sahab...
- Berita Harian Edisi Utara - Curi Air Terusan
- Banjir Di Ulu Basir
- Jika Sudah Minat
- Saudara Fauzi Johan Pancing Nisa' Bagan Serai
- Rakan Puakajoran Makan Besar
- Ali Berger Makin Serasi dengan Kelabau Ulu Basir
-
▼
April
(24)
Peringatan Kepada Yang Lupa
Rakan-rakan joran sekalian, di manapun kita menjoran dan dalam situasi bagaimana sekalipun, amalan solat jangan diabaikan. Usahakan seboleh-bolehnya untuk menunaikannya. walau dalam keadaan dan keupayaan yang terbatas. Solat itu fardhu. Justeru itu menjadi kewajipan bagi setiap penjoran bersedia dengan bekalan untuk Solat sebagaimana usaha kita menyediakan bekalan makan dan minum ketika melakukan aktiviti ini. Ingat kaedah usul fikh “ tidak sempurna wajib melainkan dengannya wajib”.
Sebagai contoh wajib bagi kita menyediakan baldi jika dengan baldi itu dapat mengangkat air untuk berwuduk. Tidak perlu beria-ia dengan kain pelikat atau songkok yang pelbagai, memadailah dengan pakaian yang menutup aurat dan pakaian yang kita yakini bersih. Islam menggalakkan umatnya sentiasa berada dalam keadaan bersih sepanjang masa. Alas untuk solat tidak semestinya dari sejadah baldu tetapi memadailah lapikan daun pisang, kertas surat khabar atau pelepah sawit dan daun pakis. Jika kesukaran mendapatkan air kerana tebing yang tinggi atau dibimbangi menjadi mangsa buaya, gunakan kemahiran untuk mendapatkan air dengan menggunakan tali pancing dan bekas plastik.
Jika pakaian terkena najis wajib dibasuh sekiranya jelas terlihat najis atau kesannya pada pakaian kita. Jika tidak, pakaian kita tetap bersih sebagaimana kita mula memakainya dan bolehlah menunaikan solat dengan pakaian itu. Tidak menjadi kesalahan memakai pakaian basah sewaktu bersolat jesteru jika terdesak turun sahaja ke dalam sungai dan dan segeralah naik untuk menunaikan solat. Ingat! Air yang keruh dan lumpur (selut) juga boleh dibuat bersuci dan berwuduk.
Carilah tempat tinggi dan pastikan bebas dari najis untuk menunaikan solat. Jangan solat di tempat berlurah kerana dibimbangi najis tertakung di situ. Gunakan kepakaran untuk mencari arah matahari terbenam bagi menunjukkan arah kiblat. Boleh juga menggunakan kaedah melihat bintang untuk mencari arah kiblat jika menjoran pada waktu malam. Arus air sungai juga boleh dijadikan pedoman, kebiasaannya arus sungai semulajadi mengalir ke arah matahari terbenam. Gunakanlah kaedah apapun asalkan kita yakin.
Jika berada di atas sampan,usahakan untuk naik ke tebing. Jika menghadapi kesukaran seperti banjir atau bahaya binatang buas, boleh bersolat di atas sampan dengan cara berdiri atau duduk sekiranya sampan tidak dapat diimbang dengan baik. Gunakan objek seperti beg atau pendayung untuk alas sujud. Ingatlah Islam tidak terletak pada nama, tetapi dapat dilihat pada amalannya.Selamat menjoran dan teruskan menjoran tanpa meninggalkan solat-Tokanpuakajoran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan