Mungkinkah Virus Kencing Tikus boleh merebak di air yang begini?
Laporan Akhbar Kosmo 18 Ogos 2010
IPOH – Tiga kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Perak yang menempatkan lebih 1,500 pelatih Kumpulan 3 Siri 7 2010 diarah menghentikan serta-merta semua aktiviti rekreasi air selepas hasil analisis sampel dari kolam-kolam kem berkenaan mendapati wujud bakteria leptospirosis atau kencing tikus.
Tiga kem tersebut ialah Kem Nilam Ehsan di Bidor, Kem Kepimpinan Gemilang, Gopeng dan Kem Desa Rimba di Kuala Kangsar.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam Perak, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, arahan itu dikeluarkan selepas ujian Jabatan Kesihatan negeri mendapati sampel air di ketiga-tiga kem telah dicemari bakteria itu.
“Kakitangan jabatan berkenaan telah membuat pemeriksaan ke atas kesemua 12 kem PLKN di Perak dan hasil ujian mendapati tiga kem itu mempunyai bakteria tersebut,’’ katanya selepas menghadiri taklimat mengenai penyakit itu di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini semalam.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0818&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm
Meneliti kepada sumber berita di atas, rata-rata rakan yang ditemui menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan diri dan keluarga . Tidak sudah-sudah kita diuji, terdahulu kita diuji dengan wabak denggi, wabak JE, Selsema Burung,kemudiannya wabakH1N1 dan kini wabak LEPTOSPIROSIS iaitu satu wabak yang dibawa oleh vairus yang terdapat dalam kencing haiwan dan lebih dikenali dengan virus kencing tikus . Apakah vairus dan wabak ini sangat berbahaya? Lihat info yang saya paparkan ini hasil daripada menyelongkar bebrapa petikan dan sumber yang terdapat dalam ruangan sesawang maya ini.
Merupakan penyakit yang disebabkan oleh Bakteria LEPTOSPIRA. Jika dilihat melalui mikroskop, virus ini berbentuk spiral dan boleh hidup didalam air tawar selama satu bulan atau lebih. virus ini tidak boleh hidup di dalam air laut.
Cara penyebaran yang diketahui adalah melalui air, tanah atau tanaman yang telah dikotori oleh air kencing haiwan yang mengidapi leptospirosis. Virus akan merebak dan memasuki badan manusia dengan pelbagai cara antaranya melalui mata,hidung, kulit yang melecet atau makanan yang dicemari oleh najis terutama air kencing haiwan yang telah dijangkiti Bakteria LEPTOSPIRA.
Demam tinggi,menggigil, Sakit Kepala, Lesu / lemah,Muntah-muntah , radang mata, rasa nilu dibahagian betis dan punggung. Simptom-simptom ini cuma akan kelihatan antara 4 hari ke 9 hari selepas jangkitan.Maka adalah wajar untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga dan pencegahan sebelum terkena.
1.Pada bahagian hati akan menjadi kekuningan pada hari ke 4 dan ke 6.
2.Kegagalan Ginjal (buah pinggang) .
3.Jantung berdebar-debar tidak menentu,membengkak dan gagal berfungsi.
4.Pada bahagian paru-paru pengidap akan merasa nyilu,batuk berdarah dan sesak nafas.
5.Berlaku pendarahan dalaman kerana kerosakan pada pembuluh darah pada saluran pernafasan,pencernaan,buah pinggang,alat sulit dan mata.
6.Bagi pengidap yang hamil akan berlaku keguguran dan kandungan sama ada lahir tidak cukup bulan,lahir cacat atau kandungan mati semasa lahir.
1.Simpan makanan atau minuman dengan baik agar tidak dicemari.
2.Cuci tangan dengan sabun sebelum makan.
3.Bersihkan diri selepas melakukan aktiviti luar seperti berkebun dan apa jua aktiviti yang terbuka.
4.Hindari kawasan terkena wabak seperti tempat-tempat rekreasi air dan sebagainya.
5.Beri perlindungan kepada orang-orang yang mempunyai risiko tinggi dijangkiti seperti memberi sarung tangan atau alat pelindung yang sesuai.
6.Menjaga kebersihan sekeliling seperti menyediakan tempat membuang sampah yang bertutup
7.Bersihkan tempat atau bekas berisi air dan kolam renang.
8.Pastikan tiada tikus di kawasan kediaman.
9.Membuat semburan disinfeksi tempat yang telah dicemari.
10.Cuci semua peralatan atau bekas menyimpan makanan sebelum digunakan.
KEMUSYKILAN
Berdasarkan penemuan dan maklumat tersebut, kemungkinan wabak ini boleh menular melalui aktiviti air amat tinggi kerana virus ini hidup di dalam air, justeru ingatan kepada pemancing dan penjoran tegar agar sentiasa berawas ketika beraktiviti kerana kita juga tidak terlepas diintai oleh wabak ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan