Salah satu lokasi puyu yang telah diracun. Itulah manusia yang langsung tidak mahu berfikir, mahu menjadi "hero" dengan menggunakan langkah yang salah. Di ketika orang-orang barat telah mula menyedari akan perlunya kaedah-kaedah semula jadi dikekalkan untuk meneruskan kelangsungan alam sekitar dan dunia ini, kita yang dicanangkan peka dan bertamadun dengan sewenang-wenangnya mengambil jalan mudah dengan membunuh semua makhluk akua hanya bersebabkan sejenis makhluk bernama siput gondang. Apalah salahnya berfikir secara rasional dan cari kaedah yang menguntungkan semua pihak seperti menternak itik.Di samping mendapat bekalan daging dan telur , itik-itik ini juga dapat menghapuskan telur dan siput gondang itu. Bukankah telur dan siput gondang itu salah satu makanan kegemaran itik?.Selain itu, saya juga pernah terbaca dalam beberapa paparan di internet, masyarakat di beberaapa tempat di negeri Kelantan dan beberapa negeri lain menjadikan siput gondang ini sebagai hidangan yang lazat. Jika benar siput-siput ini boleh dimakan, mengapa tidak kita komersilkan. Jika sudah ada permintaan, sudah tentu jumlahnya akan berkurangan dan mungkin pupus seperti sesetengah haiwan yang menjadi hidangan istimewa dan kegemaran orang.
Tiada lagi tangkapan sebegini yang dapat dibawa pulang oleh emak. Menurut emak saya, pada hari kejadian, sejumlah besar ikan mati dan hanyut dibawa arus air yang kebetulan pasang dan surut.
Laporan: Kudin Puakajoran.
Salam Tokan,
BalasPadamApabila kita tidak mengerti untuk menjaga alam, maka alam tidak akan lagi mahu berkawan dengan kita. Maka hancurlah manusia bersama hancurnya alam itu.
Salam YB..gitulah YB. Hati saya kadang2 sedih dengan sikap manusia yang selalu mengambil jalan mudah dan singkat. Walhal kaedah meracun itu telah lama dilakukan dan siput-siput gondang tidak juga musnah, malah semakin banyak...
BalasPadam