Tazkirah Puakajorangroup 16 Ramadhan 1436H.
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Salawat dan salam juga untuk
Junjungan Besar Nabi SAW. Antara hikmah terbesar kita berpuasa ialah
bagaimana kita dilatih untuk mengawal hawa nafsu. Hawa nafsu yang tidak
terkawal akan mnjerumuskan kita kepada berbagai bentuk keburukan. Allah
berfirman di dalam Surah Yusuf Ayat 53:
وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي ۚ إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّي ۚ إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿٥٣
Bermaksud: "Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya
nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali
orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku. (maka terselamatlah
ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihani." Kita perlu faham bahawa hikmah puasa ini bukan hanya
penting untuk kita yang berpuasa secara individu tetapi ia juga sangat
penting kepada umat Islam sebagai hamba-hamba Allah yang berada dalam
kem memenangkan peraturan Allah berhadapan jahiliyyah versi moden yang
cuba memenangkan hawa nafsu.
Kumpulan pengamal seks songsang,
homoseksual baru-baru ini meraikan kemenangan mereka apabila Mahkamah
Tinggi Amerika Syarikat memutuskan bahawa undang-undang negara itu telah
mengiktiraf perkahwinan sejenis menyertai 50 negara yang lain di dunia
ini. Dalam perbicaraan pada hari Jumaat lepas, keputusan 4-5 oleh para
hakim telah dicapai sekaligus membatalkan undang-undang di peringkat
negara yang melarang perkahwinan sama jantina itu di seluruh negara.
Sementara itu di White House Rose Garden selepas keputusan mahkamah
dibuat,
Presiden barrack Obama yang berucap di hadapan media
berkata, "Negara kita diasaskan dengan prinsip bahawa kita semua dicipta
sama rata. Setiap generasi mahukan sesuatu perkara itu disesuaikan
dengan realiti yang berubah mengikut masa," katanya. "Hari ini adalah
langkah besar dalam usaha kita menuju kesama rataan. Pasangan gay dan
lesbian sekarang memiliki hak untuk berkahwin sama seperti orang lain,"
katanya sambil menulis hashtag
#lovewins.
Ini adalah satu contoh hawa nafsu buas manusia dimenangkan dan diberi
kekuatan undang-undang atas nama hak kesama rataan yang menjadi slogan
keramat seluruh dunia pada hari ini. Pusingan kali ini dimenangi oleh
pemuja-pemuja hawa nafsu.
Di Malaysia pula sudah muncul generasi
pewaris-pewaris pemuja hawa nafsu juga berselimut dalam perjuangan hak
kesamarataan. Bermula secara kecil-kecilan tetapi akhirnya nanti akan
lebih parah jika pejuang kem yang memenangkan hak Allah tidak bingkas
menentang. Memenangkan cara berpakaian ahli gimnastik, memutar belitkan
pemahaman tegas Al-Quran terhadap kewajipan menutup rambut ke atas
wanita muslimah secara konsisten dari dahulu lagi oleh Sisters In Islam,
mempertikaikan etika berpakaian sopan bagi pelanggan di sesetengah
agensi berkewajipan. Ini sangat bertentangan dengan firman Allah:
وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ
فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ
وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ
زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ
بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ
إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ
نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ
أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ
يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ
بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا
إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
﴿٣١
Bermaksud: "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang
beriman supaya menyekat pandangan mereka (dari memandang yang haram),
dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah
mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada
suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak
mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau
anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi
saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam,
atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang
telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang
belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka
menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari
perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai
orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (An-Nur: 31)
Sangat celuparnya pejuang-pejuang hawa nafsu manusia memenangkan kem
mereka sedangkan kem-kem yang mahu memenangkan agama Allah masih
bersuara lembut atas alasan strategi dakwah. maka hukum hakam Al-Quran
hanya ditadarus bukan diguna untuk mengurus.Bangunlah Pejuang!
Wallahuaqlam.
Tokanpuakajoran,
Diolah dari Khutbah Jumaat 3 Julai 2015.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan