Islam hanya mengenal dan mengiktiraf dua jenis masyarakat sahaja di dunia ini iaitu masyarakat Islam dan masyarakat jahiliyah. Masyarakat Islam adalah mereka yang meyakini dan mematuhi tanpa ragu segala peraturan Allah swt manakala masyarakat jahiliyyah adalah mereka yang mengambil dan meyakini sistem yang selain Islam.
Seringkali orang merujuk masyarakat jahiliyyah itu kepada zaman sebelum Nabi diangkat menjadi Rasul dan hanya merujuk kepada persempadanan sempit bumi Mekah dan Jazirah Arab sahaja. Bahkan jahiliyyah itu hakikatnya melata di sepelusuk dunia apabila ada unsur penentangan,penafian,pengabaian dan keraguan kepada system Allah. Bahkan jahiliyah itu boleh menetas dalam rumah kita sendiri.
Kebejatan dan kelicikan fahaman falsafah sesat telah memperlihatkan jahiliyyah ini seolah olah makanisma soleh dan serasi dengan Islam. Tiadak hairanlah pada zaman kemasukan dan peresapan falsafah dalam masyarakat Islam, ada di kalangan ulama yang mengecam dan menghalang penterjemahan buku buku falsafah kerana menyedari kebejatan dan durjananya falsafah yang menyesatkan.
Kecalaruan pemikiran ini menjadikan sesebuah institusi dalam masyarakat Islam akan gagal.Hakikat yang mesti disedari masyarakat jahiliiyah itu boleh terbentuk dalam berbagai cara dan bentuk.
a) Ada yang berbentuk masyarakat yang engkar sama sekali akan wujudnya Zat Allah swt dan membuat tafsiran secara benda terhadap sejarah, melaksanakan system yang disebutkan sebagai “sosialisma saintifik” sebagai panduan hidup.
b) Ada pula yang berbentuk masyarakat tidak engkar dengan wujudnya Zat Allah swt,tetapi menghadkan kuasa Allah swt dalam urusan yang bersangkut dengan akhirat sahaja dan enggan mengiktiraf kuasa Allah dalam urusan hidup di dunia.
[sayid qutb ;Petunjuk sepanjang jalan]
Masyrarakat ini enggan menjadikan undang undang Allah dan peraturannya serta syariatNya sebagai panduan. Mereka tidak sudi pun mengambil nilai nilai Islam sebagai pedoman dalam mengukur sesuatu. Lantas lahirlah golongan yang apabila disebut “Perjuangan kita kerana mencari redha Allah” dilihat dan dipandang oleh mereka sebagai jenaka yang perlu dihadiahkan dekah ketawa. Inilah golongan yang terkeliru dengan hadaf dan matlamat kerana perjuangan mereka diasas dan dilandaskan kepada “maddiyah dan benda”(kebendaan dan material).
Allah telah mengingatkan kata kunci asas untuk diimani oleh manusia diseanterio alammaya yang bermaksud:
“ Dan dialah Tuhan (yang disembah) di langit dan Tuhan (yang disembah) di bumi dan Dia-lah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.”
Az zukhruff :ayat 84
Memahami sistem Allah swt yang berbentuk “tauqifi’ dan “taufiqi” antara elimen masyarakat Islam itu ialah apabila terjelma sistem “keluarga” .Apabila keluarga menjadi kaedah utama dalam pembentukan masyarakat; dan keluarga dibina di atas pembahagian tugas antara suami isteri,pembahagian tugas dalam melaksanakan kerja,serta keluarga itu memberi perhatian penuh kepada masalah pembentikan generasi baru dan pendidikan anak anak; maka masyarakat itu menjadi masyarakat yang bertamadun kerana keluarga dalam bentuk dan “patern” ini ( dilindung di bawah lindungan program Islam) adalah merupakan tapak dan pengkalan dalam mana nilai nilai kemanusiaan itu diproses, dibentuk dan dilentur serta dipupuk.Gunanya supaya menjadi panduan generasi muda ,sebab nilai nilai itu tidak mungkin diproses dan dibentuk kecuali dalam unit sebuah keluarga.
Persoalannya adakan proses ini akan berjalan jika institusi ini sudah rosak kerana pemahaman terhadap Islam itu sekadar tempelan dan bukan asas yang utama. Bersama kehadiran Ramadhan bulan yang merupakan medah mensucikan jiwa dan pemikiran untuk kembali kepada kebenaran iman dan takwa marilah kita mengkoreksi diri dan bermuhasabah kerana bimbang kita adalah antara watak sesat dan terseleweng dari kebenaran. Firman Allah swt yang bermaksud:
“Dan Katakanlah: "Segala puji bagi Allah yang tidak mempunyai anak dan tidak mempunyai sekutu dalam kerajaan-Nya dan dia bukan pula hina yang memerlukan penolong dan agungkanlah dia dengan pengagungan yang sebesar-besarnya.”
ABD WAHID ZAINOL ABIDIN
Lajnah Tarbiah & Kepimpinan PKHL
13 Ramadhan 1436
Tazkirah juga boleh diikuti di:
http://islampenyelesaian.blogspot.com
Page : www.facebook.com/islampenyelesaianku
Tiada ulasan:
Catat Ulasan