Khamis, 30 Julai 2009
XPDC Menjoran di Tronoh Mines
Isnin, 27 Julai 2009
Arapaima Gigas @ Manusia Ganas
Kerajaan negeri Terengganu juga menawarkan sejumlah ganjaran bagi sesiapa yang dapat menangkap "makhluk asing" ini hidup-hidup. Khabarnya ganjaran mungkin dinaikkan kerana tiada kaki pancing atau penjoran yang sanggup menyahut cabaran. Sayang dan perihatin sungguh masyarakat Malaysia akan kemusnahan hidupan akuatik di negara tercinta ini. Saya sebenarnya tidak ingin masuk campur dalam masalah kepupusan ikan di Tasik Kenyir itu tetapi terpanggil untuk berkongsi pandangan dengan pihak-pihak yang menyatakan masalah kepupusan sesuatu spesis itu dikaitkan hanya apabila ada haiwan lain atau "makhluk asing" yang saiz badannya lebih besar memakannya. Kita juga tidak seharusnya melihat dalam skop Tasik Kenyir sahaja tetapi harus melihat dalam konteks "1 Malaysia". Berapa banyak sungai atau tasikkah di Malaysia ini yang tidak dihuni oleh "Arapaima Gigas" tetapi spesis ikannya telah berkurangan atau pupus sama sekali. Jawapannya tidak lain kepupusan ikan-ikan dan hidupan akua ini adalah akibat tangan-tangan manusia sendiri. Antara masalah yang dikenal pasti hasil pemerhatian spontan saya, habitat asal hidupan akua ini telah dimusnahkan dengan cara penebangan dan pembukaan hutan. Seperti mana yang kita ketahui ikan-ikan yang pupus ini iaitu tengas dan kelah biasanya mudik ke hulu sungai untuk membiak. Cuba kita lihat di hulu-hulu sungai ini sudah berapa banyak tempat yang diteroka dan didirikan pula tempat-tempat pelancongan. Sesetenagh tempat pula diteroka untuk ditanam sawit atau "dicuri" kayu kayannya. Tidak kira lagi terdapat segolongan manusia yang menceroboh dan menggunakan cara extrim seperti "bom" dan klorin semata-mata untuk memperolehi spesis kelah dan tengas yang bersaiz besar. Yang paling menyedihkan mereka yang terlibat adalah orang-orang yang mempunyai kerjaya dan menggunakan kerjaya mereka itu untuk untuk mengaut hasil dengan cara yang salah. Saya pernah terjumpa pekerja-pekerja loji bekalan air berhampiran sini bercerita mereka menggunakan klorin yang digunakan untuk merawat air bagi membutakan spesis ikan yang menghuni sungai Sungkai. Satu peristiwa lagi berlaku di hadapan mata saya, bagaimana sekumpulan manusia di dalam sebuah bot menggunakan bahan letupan berbentuk "belacan" (yang digunakan oleh pasukan keselamatan semasa latihan mungkin) untuk meletupkan lubuk-lubuk di kawasan Slim River. Saya pernah terlihat orang itu dan kalau tidak salah beliau adalah salah seorang kakitangan yang bertugas di sebuah balai polis sekitar sini. Tidakkah ini menyumbang kepada kemusnahan habitat dan kepupusan hidupan air. Penggunaan racun makhluk perosak yang berleluasa juga adalah satu lagi cara yang ketara membunuh hidupan akua. Hati penjoran biasanya akan terasa pedih tatkala menyusuri liku-liku sungai yang dahulunya merupakan lubuk dipenuhi tumbuhan terberau dan bangkar-bangkar kayu yang menjadi sarang ikan. Hari ini habitat tersebut punah sama sekali. Ini disebabkan kegiatan manusia yang semakin tamak untuk meluruskan sungai bertujuan menanam sawit. Selain itu sungai-sunagi ini juga "dipotong" dan dicuci dengan alasan untuk menghalang banjir.
Lebih menyakitkan hati apabila laluan untuk penjoran ke sungai dikandang atau dihalang dengan alasan kehilangan buah sawit. Pakej peladang dan peneroka ini seolah-olah sungai juga merupakan harta "bapak mereka" dan mereka bebas melakukan apa sahaja yang memungkinkan habitat ikan musnah. Kenyataan yang saya catatkan ini mungkin perkara kecil dan remeh dan tidak menyamai kewujudan sektor industri yang membuang sisa ke sungai, perlombongan pasir yang memusnahkan habitat ikan, penebusgunaan tanah dan penimbusan paya serta lombong untuk kawasan ladang dan penempatan, cara pengurusan pertanian atau penanaman padi yang dimodenkan, menangkap ikan dengan cara yang salah dan sikap manusia mpembuang sampah ke dalam sungai yang selalu diperkatakan. Ingatlah perkara besar yang selalu diperkatakan itu biasa berlaku dikawasan bawah hulu sungai dan jauh dari hutan yang menjadi tempat pembiakan ikan. Hari ini kemusnahan telah berlaku bukan sahaja di kuala sungai atau bahagian tengah sungai bahkan sampai ke hulu sungai yang menjadi habitat pembiakan ikan terutama kelah dan tengas. Cadangan saya bawalah masuk seberapa banyak spesis ikan sungai Amazon terutama yang cepat membiak dan bersaiz besar dan lepaskanlah ke semua tasik dan sungai di Malaysia agar hati kami "penjoran" terubat dan dapat merasa lagi sentapan yang jauh menandingi sentapan kelah dan tengas! Tokan.
Jumaat, 24 Julai 2009
Rakan Puakajoran

En. Shahrol(F. Trolak) dengan kelabau 3 kg






.jpg)
Cikgu Mahadee SMK(F) Besout & Belida
.jpg)

Aksi Cikgu Mahadee SMK F Besout, setelah menewaskan belida 8.5 kg
.jpg)
Trolak Pekan & Toman 4 kg
.jpg)
.jpg)
Toman lagi
.jpg)
.jpg)
.jpg)
NURUL SHANIA BT JAMALI
Johan menjoran pada Pertandingan Menjoran Hari Kantin SK Besout 3, 2008.
Arkib Layan Tenggiri Yan - Tokanpuakajoran
Arkib Layan Layaran Tuas Yan - Cikgu Lah Puakajoran
Arkib - Layan Rohu Sungkai
Arkib Layan Kelabau 4 - Juragan Nizam
Arkib Layan Kelabau - Tokanpuakajoran
Arkib Layan Kelabau 2 - Juragan Nizam
Arkib Layan Kelabau 1 - Juragan Nizam
Arkib Layan Toman Bukit Merah - Juragan Nizam
SEKADAR RENUNGAN
Arkib Blog
Peringatan Kepada Yang Lupa
Rakan-rakan joran sekalian, di manapun kita menjoran dan dalam situasi bagaimana sekalipun, amalan solat jangan diabaikan. Usahakan seboleh-bolehnya untuk menunaikannya. walau dalam keadaan dan keupayaan yang terbatas. Solat itu fardhu. Justeru itu menjadi kewajipan bagi setiap penjoran bersedia dengan bekalan untuk Solat sebagaimana usaha kita menyediakan bekalan makan dan minum ketika melakukan aktiviti ini. Ingat kaedah usul fikh “ tidak sempurna wajib melainkan dengannya wajib”.
Sebagai contoh wajib bagi kita menyediakan baldi jika dengan baldi itu dapat mengangkat air untuk berwuduk. Tidak perlu beria-ia dengan kain pelikat atau songkok yang pelbagai, memadailah dengan pakaian yang menutup aurat dan pakaian yang kita yakini bersih. Islam menggalakkan umatnya sentiasa berada dalam keadaan bersih sepanjang masa. Alas untuk solat tidak semestinya dari sejadah baldu tetapi memadailah lapikan daun pisang, kertas surat khabar atau pelepah sawit dan daun pakis. Jika kesukaran mendapatkan air kerana tebing yang tinggi atau dibimbangi menjadi mangsa buaya, gunakan kemahiran untuk mendapatkan air dengan menggunakan tali pancing dan bekas plastik.
Jika pakaian terkena najis wajib dibasuh sekiranya jelas terlihat najis atau kesannya pada pakaian kita. Jika tidak, pakaian kita tetap bersih sebagaimana kita mula memakainya dan bolehlah menunaikan solat dengan pakaian itu. Tidak menjadi kesalahan memakai pakaian basah sewaktu bersolat jesteru jika terdesak turun sahaja ke dalam sungai dan dan segeralah naik untuk menunaikan solat. Ingat! Air yang keruh dan lumpur (selut) juga boleh dibuat bersuci dan berwuduk.
Carilah tempat tinggi dan pastikan bebas dari najis untuk menunaikan solat. Jangan solat di tempat berlurah kerana dibimbangi najis tertakung di situ. Gunakan kepakaran untuk mencari arah matahari terbenam bagi menunjukkan arah kiblat. Boleh juga menggunakan kaedah melihat bintang untuk mencari arah kiblat jika menjoran pada waktu malam. Arus air sungai juga boleh dijadikan pedoman, kebiasaannya arus sungai semulajadi mengalir ke arah matahari terbenam. Gunakanlah kaedah apapun asalkan kita yakin.
Jika berada di atas sampan,usahakan untuk naik ke tebing. Jika menghadapi kesukaran seperti banjir atau bahaya binatang buas, boleh bersolat di atas sampan dengan cara berdiri atau duduk sekiranya sampan tidak dapat diimbang dengan baik. Gunakan objek seperti beg atau pendayung untuk alas sujud. Ingatlah Islam tidak terletak pada nama, tetapi dapat dilihat pada amalannya.Selamat menjoran dan teruskan menjoran tanpa meninggalkan solat-Tokanpuakajoran.