

Bahagian atas sungai ini adalah penempatan Orang Asli Cangkat Bintang.
Air sungai yang jernih
Cuaca yang panas terik.
Jam menunjukkan hampir pukul 5.00 petang. Usahkan kelabau dapat dijinakkan, getusan pada umpan pun tiada. Rata-rata pemancing yang saya temui semuanya dengan jawapan yang sama...."tak mau makan".
Sebagai buah tangan, hanya gambar pokok rotan dan buahnya dapat saya sajikan.
Pokok paku midin...
Pokok gegeli...
Sdap juga kalau direbus...
Akhirnya hanya baung kecil ini yang dapat dijinakkan menggunakan umpan belalang......

Inilah rupa ikan kelabau yang mendiami tuas ini. Pernah rakan-rakan pemancing mendaratkan kelabau seberat lebih 2 kg di lokasi ini. (Gambar lama)
Gagal lagi pada misi yang ke 9. Selepas ini? Entahlah..... berehat sebentar agaknya.....


Tiada ulasan:
Catat Ulasan