SKC satu lokasi yang bersempadan dengan negeri Perak menempatkan bekas-bekas lombong yang kebanyakannya dihuni oleh toman bersaiz mega. Salah satu lombong yang amat popular di kalangan Rakanpuakajoran ialah Lombong Kunci Air. Satu ketika dulu saya juga pernah ke sana bersama Rakanpuaka yang lain namun tidak pernah membuahkan hasil. Kerapkali hampa akibat tali utama terputus disebabkan larian yang amat kuat ditambah pula tebing lombong dilitupi gambut pokok sendayan yang menyebabkan tali benang 80 lbs mudah terputus. Sebelum ini saya pernah mendengar ada kalangan rakan yang mendaratkan toman bersaiz mega seberat 12 kg.
Gambar ini kiriman Pak Su @ Cepoi sebentar tadi. Ketika ini beliau sedang di lokasi bersama Juragan Nizam Balun. Menurut beliau, toman ini didaratkan oleh salah seorang rakanpuaka iaitu Cikgu Mahhadee.

Gambar cikgu Mahhadee bersama OTAI Selayang (Ah Seng) dengan toman seberat 3.5 kg. Maklumat yang diberi olen Cepoi@Pak su, Ah Seng adalah OTAI dari Selayang telah berkampung di lombong tersebut sejak 4 hari yang lalu. Menurut sumber lagi Ah Seng adalah pemburu toman aktif sekitar Perak Selangor. Rekod toman Ah Seng di lombong tersebut seberat 12 kg.

Gambar bawah Cikgu Mahhadee (Rakanpuaka SMK Besout) dengan toman seberat 6.5 kg.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan