Jenazah Almarhum sedang disembahyangkan.

Lagi berita penuh:
http://paritbuntar.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=3652&Itemid=2
(Gambar burung ayam-ayam)
Oleh kerana tidak terdaya menggunakan serunai yang diperbuat daripada buluh kami menggunakan kaset yang dirakam dengan bunyi burung-burung tersebut. Sedang kami leka memerhatikan jaring sambil menanti burung melanggar jaring tiba-tiba terdengar suara.... "Buah durian tuan-tuan, bukannya elok semua....macam tulah jugak anak-anak kita....yang sulung elok...yang kedua elok...mai yang tengah...perangainya lain sangat....sambil memetik sepotong ayat...
أحسب الناس ان يترکوا ان يقولوا امنا وھم لايفتنون
bermaksud :Apakah manusia menyangka cukup dengan mereka mengatakan Aku Beriman...sedangkan mereka tidak di fitnah atau diuji..." Pecah derai ketawa kami. Rupa-rupanya tape tersebut mengandungi rakaman ceramah agama oleh Yang Berbahagia Ustaz Zakaria yang telah dirakam lapis oleh arwah adik saya.Tape itu kepunyaan saya dan saya rakam melalui siaran radio 3 kawasan Utara memandangkan saya dan keluarga amat meminati ceramah yang disampaikan oleh Yang berbahagia Ustaz. Sehingga kini jika saya bertemu dengan Din SG pastinya saya akan sebut semula kisah itu...butir bicara ustaz tersebut menjadi "uman" di mulut adik saya hinggalah ke akhir hayatnya.Saya tidaklah ingin memanjangkan polimik yang berlaku antara ustaz Zakaria dan sebilangan orang seperti yang dilaporkan oleh akhbar. Pada saya apa yang jelas, Ustaz Zakaria telah menjalankan tanggung jawab beliau sebagai seorang pendakwah dan orang-orang yang tersebutpun (Orang politik) melaksanakan tanggungjawab mereka juga.Jalankanlah tanggungjawab anda sekiranya masing-masing berpendirian dan mempunyai asas yang kukuh terhadap apa yang dibangkitkan. Masyarakat juga tidak membuat penilaian semata-mata dengan apa yang surat khabar laporkan kerana sebahagian besar masyarakat boleh berfikir dan menilai apa yang berlaku dengan pendapat dan pemikiran yang lebih rasional daripada apa yang orang politik dan surat khabar sangkakan. Usaha dakwah Ustaz Zakaria bukan hari ini sahaja mendapat ujian, tentangan dan dugaan malah sejak sekian lama. Sebagai bukti lihatlah paparan pada laman berikut.
Rakan-rakan joran sekalian, di manapun kita menjoran dan dalam situasi bagaimana sekalipun, amalan solat jangan diabaikan. Usahakan seboleh-bolehnya untuk menunaikannya. walau dalam keadaan dan keupayaan yang terbatas. Solat itu fardhu. Justeru itu menjadi kewajipan bagi setiap penjoran bersedia dengan bekalan untuk Solat sebagaimana usaha kita menyediakan bekalan makan dan minum ketika melakukan aktiviti ini. Ingat kaedah usul fikh “ tidak sempurna wajib melainkan dengannya wajib”.
Sebagai contoh wajib bagi kita menyediakan baldi jika dengan baldi itu dapat mengangkat air untuk berwuduk. Tidak perlu beria-ia dengan kain pelikat atau songkok yang pelbagai, memadailah dengan pakaian yang menutup aurat dan pakaian yang kita yakini bersih. Islam menggalakkan umatnya sentiasa berada dalam keadaan bersih sepanjang masa. Alas untuk solat tidak semestinya dari sejadah baldu tetapi memadailah lapikan daun pisang, kertas surat khabar atau pelepah sawit dan daun pakis. Jika kesukaran mendapatkan air kerana tebing yang tinggi atau dibimbangi menjadi mangsa buaya, gunakan kemahiran untuk mendapatkan air dengan menggunakan tali pancing dan bekas plastik.
Jika pakaian terkena najis wajib dibasuh sekiranya jelas terlihat najis atau kesannya pada pakaian kita. Jika tidak, pakaian kita tetap bersih sebagaimana kita mula memakainya dan bolehlah menunaikan solat dengan pakaian itu. Tidak menjadi kesalahan memakai pakaian basah sewaktu bersolat jesteru jika terdesak turun sahaja ke dalam sungai dan dan segeralah naik untuk menunaikan solat. Ingat! Air yang keruh dan lumpur (selut) juga boleh dibuat bersuci dan berwuduk.
Carilah tempat tinggi dan pastikan bebas dari najis untuk menunaikan solat. Jangan solat di tempat berlurah kerana dibimbangi najis tertakung di situ. Gunakan kepakaran untuk mencari arah matahari terbenam bagi menunjukkan arah kiblat. Boleh juga menggunakan kaedah melihat bintang untuk mencari arah kiblat jika menjoran pada waktu malam. Arus air sungai juga boleh dijadikan pedoman, kebiasaannya arus sungai semulajadi mengalir ke arah matahari terbenam. Gunakanlah kaedah apapun asalkan kita yakin.
Jika berada di atas sampan,usahakan untuk naik ke tebing. Jika menghadapi kesukaran seperti banjir atau bahaya binatang buas, boleh bersolat di atas sampan dengan cara berdiri atau duduk sekiranya sampan tidak dapat diimbang dengan baik. Gunakan objek seperti beg atau pendayung untuk alas sujud. Ingatlah Islam tidak terletak pada nama, tetapi dapat dilihat pada amalannya.Selamat menjoran dan teruskan menjoran tanpa meninggalkan solat-Tokanpuakajoran.