Pemancing : Kudin puakajoran dan rakan-rakan.
Umpan:Cengkerik.
Masa memancing : 4.30 - 6.00 petang.







Sebahagian hasil pancingan mereka.










Sebahagian hasil pancingan mereka.





Ini antara puyu yang berjaya diperolehi.
Ini lagi, hasil pancingan Kuman.
Awas, pacat banyak di lokasi!
Gambar kiriman :Kudin puakajoran untuk puakajoran.blogspot.com
Pada awal penerbitan blog, gajet di bawah ini memainkan peranan penting. Gajet inilah yang merakam peristiwa,sebagai medium transit bahan, (foto dan movie) juga bertindak sebagai modem untuk menghubungkan internet yang dilanggan secara harian ataupun mingguan. Transfer ratenya usah dikiralah lambatnya. Untuk upload gambar yang saiznya beberapa kb pun mengambil masa setengah jam. Apatah lagi jika kawasan liputan tidak memuaskan namun penggunaan gajet ini secara peribadinya saya rasa lebih baik daripada penggunaan gajet yang dibekalkan oleh pihak syarikat telekomunikasi pada ketika itu..

Gajet ini pula didaftarkan atas nama Tok Kie. Digunakan untuk menyimpan gambar-gambar arkib golokkraf dan juga menyelenggarakan golokkraf.blogspot.com. Penggunaan P1wimex ini agak berkesan juga di sekitar tempat tinggal kami. Agak berbaloilah dengan pakej yang disediakan.Doa ini amat sesuai diamalkan oleh pelajar yang memerlukan masa yang tenang untuk mengulangkaji pelajaran.Saya masih teringat akan pepatah arab yang bermaksud "sesiapa yang berkehendakkan ketinggian ilmu,hendaklah dia berjaga malam"
Koleksi yang paling disayangi Tok Kie.(hitam) Pernah ditawarkan dengan harga RM 500.00.
Rakan-rakan joran sekalian, di manapun kita menjoran dan dalam situasi bagaimana sekalipun, amalan solat jangan diabaikan. Usahakan seboleh-bolehnya untuk menunaikannya. walau dalam keadaan dan keupayaan yang terbatas. Solat itu fardhu. Justeru itu menjadi kewajipan bagi setiap penjoran bersedia dengan bekalan untuk Solat sebagaimana usaha kita menyediakan bekalan makan dan minum ketika melakukan aktiviti ini. Ingat kaedah usul fikh “ tidak sempurna wajib melainkan dengannya wajib”.
Sebagai contoh wajib bagi kita menyediakan baldi jika dengan baldi itu dapat mengangkat air untuk berwuduk. Tidak perlu beria-ia dengan kain pelikat atau songkok yang pelbagai, memadailah dengan pakaian yang menutup aurat dan pakaian yang kita yakini bersih. Islam menggalakkan umatnya sentiasa berada dalam keadaan bersih sepanjang masa. Alas untuk solat tidak semestinya dari sejadah baldu tetapi memadailah lapikan daun pisang, kertas surat khabar atau pelepah sawit dan daun pakis. Jika kesukaran mendapatkan air kerana tebing yang tinggi atau dibimbangi menjadi mangsa buaya, gunakan kemahiran untuk mendapatkan air dengan menggunakan tali pancing dan bekas plastik.
Jika pakaian terkena najis wajib dibasuh sekiranya jelas terlihat najis atau kesannya pada pakaian kita. Jika tidak, pakaian kita tetap bersih sebagaimana kita mula memakainya dan bolehlah menunaikan solat dengan pakaian itu. Tidak menjadi kesalahan memakai pakaian basah sewaktu bersolat jesteru jika terdesak turun sahaja ke dalam sungai dan dan segeralah naik untuk menunaikan solat. Ingat! Air yang keruh dan lumpur (selut) juga boleh dibuat bersuci dan berwuduk.
Carilah tempat tinggi dan pastikan bebas dari najis untuk menunaikan solat. Jangan solat di tempat berlurah kerana dibimbangi najis tertakung di situ. Gunakan kepakaran untuk mencari arah matahari terbenam bagi menunjukkan arah kiblat. Boleh juga menggunakan kaedah melihat bintang untuk mencari arah kiblat jika menjoran pada waktu malam. Arus air sungai juga boleh dijadikan pedoman, kebiasaannya arus sungai semulajadi mengalir ke arah matahari terbenam. Gunakanlah kaedah apapun asalkan kita yakin.
Jika berada di atas sampan,usahakan untuk naik ke tebing. Jika menghadapi kesukaran seperti banjir atau bahaya binatang buas, boleh bersolat di atas sampan dengan cara berdiri atau duduk sekiranya sampan tidak dapat diimbang dengan baik. Gunakan objek seperti beg atau pendayung untuk alas sujud. Ingatlah Islam tidak terletak pada nama, tetapi dapat dilihat pada amalannya.Selamat menjoran dan teruskan menjoran tanpa meninggalkan solat-Tokanpuakajoran.