Kemunculan blog ini juga sebagai mengisi ruang resah yang terpendam lantaran dimaklumkan oleh pakar perubatan bahawa anak kesayangan kami ini (gambar bawah)disahkan mengidap autisme. Melalui ruangan ini juga saya dapat menjelajah dari satu blog ke satu blog yang lain bagi menyelami perasaan keluarga lain yang diuji dengan pelbagai dugaan.Hati berasa amat terkesan apabila tersua dengan keluarga yang mempunyai masalah lebih hebat daripada yang kami lalui. Tersentuh jua hati ketika fajar 2011 menyinsing. Anak-anak lain yang seusia dengan anak saya sudah menjejakkan kaki ke alam persekolahan arus perdana namun sikecil ini masih di PDK. Ketika ini saya berasa sedikit lega, seperti ada sinar baru, anak saya ini sudah mampu untuk menyebut angka 1hingga10 dan juga menyebut aksara A hingga R dan juga dapat menulis abjad A,B dan C. Dia juga boleh menyebut namanya walaupun agak pelat. Sebelum ini petugas (guru) PDK memaklumkan anak saya ini sebenarnya sudah boleh membaca doa makan dan menyebut huruf atau angka namun saya tidak mempercayainya lantaran tidak pernah mendengar apa-apapun pertuturannya yang bermakna sepanjang berada dengan kami. Kalau adapun sewaktu usianya tiga tahun dahulu, dia pernah menyebut "buah" dan "cicak". Itupun masih saya sangsikan sama ada pengucapannya itu secara kebetulan atau benar-benar dimaksudkan dengan objek yang dilihat. Apapun, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Pelajaran, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pusat Dalam Komuniti (PDK) dan pihak yang membantu, merawat dan mendidik buah hati kami ini.
Penggunaan broadband juga tidak asing lagi pada waktu-waktu awal dahulu. Saya pernah menggunakan talian mudah alih maxis,Celcom dan DiGi untuk internet. Hasilnya tidak payah dinyatakan.Cukup memilukan apabila dikenang.
Kemunculan laman blog rakan-rakan seangkatan telah menimbulkan rasa ghairah untuk terus berblog. Justeru itu secara perkongsian, dapatlah kami memiliki alat ini dengan kerjasama jabatan tempat kami bertugas, namun masa yang terbatas dengan tugas rutin membuatkan kami tidak begitu selesa. Apatah lagi penerimaan data yang sering terganggu disebabkan masalah teknikal ataupun terlebih download menyebabkan penerimaan dan pengiriman data tersekat-sekat.
Antara gajet awal. Canon Power Shoot A 470
Disusuli dengan Olympus fe 12 mgpxls
Lenovo netbook (1 Malaysia) yang sempat saya gunakan beberapa minggu sahaja. Prestasinya agak buruk dan lambat untuk mengakses blog. Sudahlah begitu, tidak semena-mena "blank pulak screen" dan terpaksa dipulangkan kepada pihak pembekal. Sudahlah untuk mengakses internet perlu berkunjung ke PJK (sebab bukan P1Wimex). Guna tidak lama, rosak pulak. Begitulah, jika barangan didapati secara murah (free).
Gajet ini pula didaftarkan atas nama Tok Kie. Digunakan untuk menyimpan gambar-gambar arkib golokkraf dan juga menyelenggarakan golokkraf.blogspot.com. Penggunaan P1wimex ini agak berkesan juga di sekitar tempat tinggal kami. Agak berbaloilah dengan pakej yang disediakan.
Ini salah satu gajet kecemasan saya, HP Mini, prosesor atom amende ntah. Lambat giler .... sudah dijual.
Canon EOS 1000D, berpuaka juga gajet ini, namun agak sukar untuk dikendalikan apabila hari hujan. Susah disimpan jika ke lokasi. Di sudut hati saya menginginkan sesuatu yang kalis air dan tahan gegaran. Canon apa ya.... lupalah pulak.
Bayaran talian RM 1/ bulan dan internet RM 45/bulan - pakej penjaga anak istimewa.
dan
Blogger Ghirly
http://gangpancingtawau.blogspot.com/
Pengikut (Follower) Awal dari Negara Brunei Darussalam
Blogger PaDamit_Budamit
http://preciousanglers.blogspot.com/
Rakan sekutu dan kenalan rapat blog ini yang masih aktif antaranya:
Blogger Affendi Frozen
http://affendi-frozen.blogspot.com/
Blogger BR
http://bluesriders.blogspot.com/
Blogger Cepoi
http://cepoibesout.blogspot.com/
Bloger Trolak Selatan Rafie@Zul MN
http://feldatrolakselatan.blogspot.com/
Bloger Rolda
http://rolda73.blogspot.com/
Blogger Me3rma
http://me3rma.blogspot.com/
Blogger Hardamgs
http://hardamgs-almamatter.blogspot.com/
Blogger Apoi Renjer Sungai
http://renjersungai.blogspot.com/
Blogger Anamizu
http://diary-kecilku.blogspot.com/
dan
ADUN Selinsing
http://adunselinsing.blogspot.com/
:) :) :)
BalasPadamnice.. panjang jugak sejarahnya ya
terbaeekkk!!!!
singgah dari mknace unlimited
salam bro tokan,
BalasPadam'namunku punya hati' untuk mereka yg mengerti.. selamat berblog dan meneruskan kesinambungan puaka joran.
salaam
BalasPadambro tokan
Su manje singgah bawakumpan seketul
tuk bro....
salam kenal dari su manje
Terima kasih kerana sudi berkongsi sejarah blogging saudara,semoga buah hati akan bertambah baik dan dapat hidup macam kanak2 biasa.
BalasPadam