Hari Sabtu semasa cuti Tahun Baru Cina. Pagi-pagi lagi kami bergegas ke lokasi. Menyusuri jalan Gunung Semanggol ke Taiping. Masuk ke Kampung Selamat, melalui SMKA Krian. Terus ke Bukit Merah Lake Town melalui jalan belakang. Tempat orang parkir kereta untuk ke platfom motor bot menuju Pulau Orang Utan. Di kawasan itulah kami menjoran. Waktu toman di sini galak beraksi lebih kurang pukul 7.00 hingga pukul 11.00 pagi. Sebelah petang, antara pukul 4.00 membawa ke pukul 6.30 petang. Jika ada alunan angin atau alunan motor bot yang lalu lalang, toman biasa agak malas untuk meratah umpan. Jika air tenang...itulah masanya!
Halil puakajoran sedang memotong belut. Darah perlu ditadah. Potongan isi belut kemudiannya direndam kedalam darah tersebut untuk menghasilkan bau hanyir. Umpan yang agak lama tidak diragut toman,boleh diangkat dan dicelup semula ke dalam darah untuk mengekalkan bau hanyir.
Lokasi yang damai, namun suasana ini pastinya akan bertukar, lantaran sudah ada tanda-tanda kawasan ini akan dibangunkan. Angkat bungkuslah pemancing tegar yang selalu bertandang.
Jeti menuju ke Pulau Orang Utan.
Bukan sahaja pemancing tempatan yang selalu bertandang. Kadang kala penjoran luar juga turut kemari seperti sahabat yang sedang duduk ini. En. Shukri pemancing dari negeri Perlis. Sudah 3 hari beliau di situ. Membiarkan anak dan isterinya melancong sepuas-puasnya. Beliau menghabiskan waktu di tebing tasik ini. Layan toman.
Cik Wan...kecewa, toman yang hampir didaratkan berjaya meloloskan diri. Putus perambut.
Sekali imbas persis lokasi menjoran di Pulau Pangkor pula.
Antara toman yang tewas (gambar arkib). Perhatikan umpan belut yang masih terlekat di tali perambut.
Tiada toman yang didaratkan pada hari itu. Motor bot yang lalu lalang membwa pengunjung yang mengambil kesempatan bercuti sempena Tahun Baru Cina menyebabkan air sentiasa berkocak kuat. Alunan angin boleh membuatkan toman tidak menjamah umpan. Saya kecewa lagi untuk kesekian kalinya lantaran toman masih tidak mahu menjamah umpan pancing saya.
* mohon maaf, gambar terpaksa dikecilkan(resize) lantaran sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan