Sabtu 18 Jun 2011.Seperti yang dirancang trip ke Kuala Gula untuk sesi meninjau lokasi berjalan lancar. Kami tiba di lokasi lebih kurang pukul 8.00 pagi. Singgah di sebuah lokasi menjual umpan pumpun, RM 6.00 / pek atau lebih kurang 60 sekilogram. Jauh lebih murah berbanding di sesetengah lokasi di sebuah negeri jiran (Selatan Perak).Pernah menjadi sejarah perjalanan joran kami, seekor pumpun dijual dengan harga RM 10. Agak melampau.
Di lokasi, tekong Wahab telah sedia menanti. Beliau memaklumkan keadaan air (16) tidak sesuai untuk menjoran. Arus agak deras dan keruh. Kami memaklumkan tujuan kami adalah untuk meninjau lokasi. Selepas menikmati sarapan kamipun bergerak. Singgah di beberapa lokasi.
Hingga ke petangnya, kami hanya memperolehi 6 ekor sembilang. Hampir separuh bekas kami dipenuhi ikan gelama.
Kelihatan chalet yang dibina di sepanjang pengkalan nelayan Kuala Gula. Sewanya agak murah dan berpatutan. Sesuai untuk bermalam bersama-sama keluarga sambil menjoran sembilang.
Restoran terapung yang menyediakan ikan segar (ikan sangkar)sebagai menu utama.
Sejurus selepas melewati Pengkalan Nelayan Kuala Gula.
Haji Mazlan mendaratkan seekor sembilang bersaiz kecil.
Bakar Arang Lama, lubuk kegemaran kaki pancing sembilang. Saya mendaratkan 3 ekor sembilang di sini. Di sini juga kami temui rakan-rakan pancing tempatan yang turut menjoran sembilang.
Kembali ke pengkalan untuk mendapatkan bekalan minyak tambahan sebelum ke lokasi seterusnya. Teluk Nyireh....lokasi pari.
Kami pulang lebih kurang pukul 6.00 petang. Sempat singgah di restoran terapung untuk menikmati kari sembilang yang disediakan di situ. Pengunjung juga boleh mendapatkan "ketam lembut" salah satu ikon yang menjadikan tempat ini istimewa. Ketam-ketam ini boleh dimasak di sini atau di bawa pulang dalam keadaan hidup. Harga yang ditawarkan ketika ini, lebih kurang RM 30/ kg. Ketam biasa pula lebih kurang RM 10/ kg. Lokasi jualan ketam ialah bersebelahan dengan restoran terapung.
Rabu, 22 Jun 2011, sekali lagi Haji Mazlan turun ke lokasi untuk misi sembilang dan jenahak. Sekiranya hasil memuaskan, pada hari Ahad , 26 Jun kami akan lakukan misi ulangan.
wuii lama x menjoran kat sini. kalo dekat leh je join
BalasPadamtempat cantik tu...menarik untuk pergi memancing sambil berehat =)
BalasPadamcantik restoran terapung ini,ada chalet ke?
BalasPadamWahh besh nye ada ketam...
BalasPadamBAng..no tel Tekong wahab tu boleh bagi dak..ingat cuti sekolah ni nak p sana mancing
BalasPadam